Selasa, 31 Mei 2011

Perokok Wanita semakin bertambah: Suatu Kupasan

2011/05/30
PUTRAJAYA: Jumlah perokok wanita di negara ini semakin meningkat kepada tahap yang membimbangkan, terutama di kalangan remaja perempuan berusia antara 13 tahun hingga 15 tahun.
     Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata Tinjauan Tembakau Belia Global (Global Youth Tabacco Survey), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2009 menunjukkan peningkatan peratusan perokok remaja perempuan iaitu 12.4 peratus berbanding 11.5 peratus dalam kajian pada 2003. Katanya, jumlah perokok wanita secara keseluruhan juga menunjukkan peningkatan iaitu 5.3 peratus dalam kajian 2009 berbanding 4.2 peratus pada 2003.
     “Ini berbeza dengan peratusan perokok remaja lelaki yang menunjukkan penurunan iaitu 46.7 peratus dalam kajian 2009 berbanding 54.5 peratus pada 2003 manakala peratusan perokok lelaki secara keseluruhannya juga susut daripada 36.3 peratus pada 2003 kepada 30.9 peratus tahun 2009.
     “Bagaimanapun, secara keseluruhan, jumlah perokok di kalangan remaja adalah berkurangan iaitu 30 peratus pada 2009 berbanding 33.1 peratus pada 2003,” katanya
Sumber : Berita Harian- 30 Mei 2011

Inilah antara senario perokok di seluruh dunia. Sesuatu yang perlu kita bimbangkan terutama apabila melibatkan remaja pelajar. Trend perokok sekarang agak membimbangkan kerana terdapat faktor penggalak daripada mencuba dan akhirnya ketagihan rokok. PPDa Maran cuba memberi pendapat. Antaranya;
  1. Faktor keluarga dan masyarakat
    • Budaya merokok sudah menjadi suatu kebiasaan. Ada ibu bapa sudah tidak kisah mengenai disiplin anak-anaknya apabila mereka ke sekolah menengah. Sikap tegur dan mendisiplinkan anak semakin berkurang oleh sebab kekangan masa dan kurang tanggungjawab keluarga.
    • Ramai ibu bapa yang gagal dalam memastikan anak-anak bebas rokok kerana rumah dan persekitannya tidak bebas rokok. Bapa sendiri tidak sensitif terhadap anak-anak apabila secara terang-terangan menghisap rokok depan anak-anak. Ada ketikanya anak-anak diasuh dengan mendekati rokok, seperti membeli rokok untuk bapa, mengambil rokok untuk bapa dan sebagainya.
    • Naluri ingin tahu dan pendedahan secara meluas, akan menyebabkan rokok mula menjadi 'sahabat' remaja seperti bapanya juga.
    • Masyarakat pula tiada lagi sikap tegur menengur dan tiada lagi bertanggungjawab terhadap anak remaja setempat. Apabila ianyanya menjadi suatu rutin dan budaya, sukar untuk membentulkan permasalahan ini.
  2. Faktor 'tarikan rokok'
    • Lambakan pelbagai rokok di pasaran amat membimbangkan. ini ditambah dengan banyaknya rokok-rokok seludup yang setiap hari semakin bertambah.
    • Rokok juga terdapat pelbagai jenis, perisa, mengikut kualiti dan standard. Walaupun tanpa iklan di Media massa atau elektronik, namun cara promosi di kedai-kedai runcit amat menarik perhatian. Ini ditambah dengan 'design dan pakej' yang ditawarkan. Setiap kedai runcit, kedai 24 jam, stesyen minyak atau sebagainya, iklan dan susunan rokok yang dipamerkan adalah menarik malah diletak khas di kaunter pembayaran. Secara tidak langsung, pelanggan kedai termasuklah remaja pelajar akan tertarik untuk mula mengenal rokok.
  3. Faktor kawalan dan akta
    • Kurangnya kawalan pihak berkuasa menyebabkan budaya merokok semakin berkembang. Di premis-premis yang dipaparkan larangan merokok juga bukan satu halangan untuk penegih-penagih rokok. Kurangnya kepekaan menyebabkan rokok bukanlah satu kesalahan.
    • Penguatkuasaan Fatwa juga tidak dilaksanakan dan ini menyebabkan pengharaman rokok dianggap sinis dan tidak relevan.
    • Tempat yang paling ramai perokok ialah di kantin-katin dan restoren atau warung kedai kopi. Ianya satu pemandangan biasa walaupun tertera logo larangan merokok.
    • Kawalan ke atas penjualan rokok di kedai-kedai runcit perlu diperketatkan lagi. Penguatkuasaan akta penjualan ke atas orang yang berumur bawah 18 tahun perlu diikuti oleh semua pihak.
  4. Faktor emosi perokok
    • Bermula daripada ingin mencuba, akhirnya ketagihan. Cuba lihat para pelajar kita, ramai yang sukar berhenti dan menunjukkan tanda-tanda ketagihan. Berapa ramai pelajar sanggup dibuang sekolah kerana merokok.
    • Rakan sebaya penyumbang kepada kesetiaan kepada rokok. Siapa sangka rokok menjadi 'tali' perhubungan persahabatan semakin erat. Kesamaan kehendak membawa kepada perkongsian identiti dan sikap. Akhirnya, mereka bersama terlibat dalam pelbagai masalah disiplin termasuk mencuba dadah. Lihatlah perubahan sikap pelajar ini apabila mula terlibat dengan rokok.
    • Emosi pelajar berkata 'Ya' pada rokok apabila melihat bapa, guru dan rakannya merokok. Suatu yang menyedihkan apabila guru merokok apalagi sekiranya 'title' guru itu adalah ustaz. Inilah yang kita bimbangkan.
Kempen SELAMATKAN KAMI DARI ROKOK perludigerakkan dengan bersepadu dan menyeluruh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...