Sabtu, 27 November 2010

Lawatan Penilaian Bilik sumber dan lorong sumber PPDa peringkat Negeri Pahang 2010

Penilaian Bilik Sumber dan Lorong Sumber PPDa negeri Pahang telahpun dilaksanakan di sekolah-sekolah negeri Pahang. Maran tidak ketinggalan menyertai pertandingan ini. Antara sekolah y7ang terlibat ialah SMK Tengku Ampuan Afzan, Chenor, SK Maran dan SK Jengka 5.
      SMK Tengku Ampuan Afzan dan SK Jengka 5 terlibat dalam pertandingan Lorong Sumber PPDa. Kita mengharapkan pada tahun hadapan, semua sekolah di Daerah Maran dapat membuat persiapan awal dan meningkatkan bilik/lorong sumber masing-masing.

SMK Tengku Ampuan Afzan, Chenor.



SK Jengka 5



Gambar-gambar oleh PPDa Jerantut.

Mencipta Blog untuk dokumentasi

Alhamdulillah Blog PPDa Maran sentiasa digunakan sebagai bahan rujukan oleh orang ramai. PPDA Maran juga telah membantu semua Daerah di Negeri Pahang untuk mencipta Blog PPDa Daerah masing-masing. Kursus pembinaan blog PPDa telah diadakan di PPD Jerantut pada 7 Oktober yang lalu. Sekarang Pahang merupakan antara negeri yang mempunyai Blog PPDa.
     Kita juga mengharapkan sekolah-sekolah di semua daerah di Pahang untuk mengadakan laman web atau blog yang menjadi satu bentuk pelaporan PPDa. Insyaallah, pada tahun depan, PPD Maran akan usahakan kursus pembinaan blog PPDa setiap sekolah. Perlu diingat, dalam instrumen penilaian PPDa juga ada markah yang melibatkan pembinaan blog/web. Setidak-tidaknya Buletin harus diwujudkan sebagai satu bentuk pelaporan dan pendokumentasian. Ini selaras dengan dasar inovasi yang dikehendaki oleh pihak jabatan.
    Ianya juga perlu dilihat sebagai satu bentuk peningkatan kualiti pengurusan PPDa. Diharapkan usaha ini mendapat sokongan semua pihak sama ada guru dan pelajar.

Khamis, 11 November 2010

Terima Kasih Kepada Semua Sekolah dan Guru PPDa Daerah Maran

Tahniah dan syabas kepada semua sekolah dan para guru yang banyak membantu pengurusan PPDa sama ada di peringkat sekolah ataupun daerah.Usaha dan kerjasama amat diharapkan daripada semua sekolah dalam menjayakan wawasan PPDa iaitu "SEKOLAH BEBAS DADAH 2012".
     Walaupun ketiadaan peruntukan pada tahun 2010 ini, namun semua sekolah daerah Maran berjaya mewujudkan dan menlaksanakan aktiviti :
  1. Pengurusan PPDa di sekolah
  2. Fail dan dokumentasi PPDa
  3. Minggu Anti Dadah
  4. Program Nafas Segar/ Antirokok
  5. Ceramah Dadah
  6. terlibat dalam Karnival Nilai Murni Cegah Jenayah Negeri Pahang 2010
  7. Ujian Urin sekolah menengah
  8. Program Kesedaran HIV/AIDS (PROKES)
  9. Bilik Sumber, Sudut Sumber dan Lorong Sumber PPDa di sekolah
  10. Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR)

Laporan-laporan aktiviti yang dikehendaki telahpun dihantar. Namun begitu masih banyak yang perlu kita perbaiki dan tingkatkan pada masa akan datang.

Selasa, 2 November 2010

Majlis Jasamu dikenang Bersama Dato' Zulkifli Wazir

Satu majlis Jasamu Dikenang bersempena persaraan  Y. Bhg Dato', Haji Zulkifli Mohd Wazir, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia di Tiara Beach Resort Port Dickson, Negeri Sembilan. pada  18 Oktober 2010.  Majlis Persaraan anjuran Unit PPDa, KPM ini adalah majlis pertama beliau sempena persaraan pada 21 November 2010.
     Semua Pegawai Khas Dadah (PKD) seluruh negeri berkesempatan bertemu dan mengucapkan salam perpisahan dengan Y.Bhg Dato'. Persaraan Y.Bhg Dato' Zulkifli merupakan satu kehilangan besar buat semua warga pendidikan. Jasa dan pengorbanan beliau sentiasa dikenang. Kenangan bersama beliau juga sentiasa menjadi saat manis dan tetap dikenang.
    Mengorak langkah sebagai guru, beliau pernah mengajar dibeberapa buah sekolah terutama di Negeri Pahang. Beliau pernah menjadi Pengetua di SMK Chini, Pekan, SMK Ahmad, Pekan, dan SMK Lepar Hilir, Kuantan. Seterusnya beliau pernah menjawat jawatan Pegawai Pelajaran Daerah Maran dan PPD Pekan. Beliau seterusnya telah berkhidmat di KPM di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan banyak menyumbangkan jasa baktinya kepada seluruh KPM dan pendidikan.
     Corak pengurusan beliau yang analisis, tegas dan cemerlang menjadikan pengurusan yang dinamik dan cemerlang. Beliau merupakan perintis kepada program ' Pelajarku Sayang' dan Belajarlah Sayang'. Bagi pihak PKD dan PPDa seluruh negara, mengucapkan selamat bersara dan terus cemerlang dalam apa jua yang diusahakan.
Menerima cenderahati daripada Ketua Unit PPDa Pahang, En Abdullah Sani


PKD Maran bersalaman dengan Dato'


PKD Pekan


PKD Bentong


Gambar Kenangan Dato' Zulkifli Wazir bersama PPDa Pahang.

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...