Isnin, 22 April 2013

LAWATAN PENANDA ARAS BILIK SUMBER PPDa KUALA KEDAH

Langkawi 22 Mac, - Seramai 40 orang wakil dari JPN Pahang Unit PPDa telah membuat lawatan penanda aras ke bilik sumber PPDa di SK Haji Ismail Kuala Kedah dan SMK ayer Hangat Langkawi. Lawatan tersebut adalah selama 4 hari 3 malam melibatkan Ketua Unit PPDa JPNP , En Abdullah Sani, Pen Pengarah Unit PPDa En Wan Muhammad Azan , dan Penolong Ketua Unit PPDa En Sabaruddin. Ini termasuk sebelas PKD PPDa setiap daerah bersama Ketua Unit SPK Daerah seramai tiga orang. Turut serta juga guru penyelaras cemerlang PPDa yang telah menang pertandingan bilik sumber dan sudut/lorong sumber PPDa 2013 peringkat negeri. Lawatan ini bertujuan untuk melihat dengan lebih jauh lagi hasil bilik dan sudut sumber ini dibuat. Selain dari habuan atau hadiah bagi guru penyelaras sekolah yang menang , ianya juga untuk mengeratkan lagi ikatan jalinan dan jaringan atara dua negeri serta bertukar-tukar pandangan serta pendapat.

Selain itu juga, perkongsian idea dan pengalaman diantara guru-guru penyelaras yang telah menang di  peringkat kebangsaan juga dilakukan bagi menjadi perangsang sekolah yang lain. Mendengar ulasan dari Ketua Unit PPDa En Abdullah Sani, beliau mengharapkan suatu masa nanti setiap sekolah akan ada bilik "one stop centre" bagi mencapai visi dan juga misi PPDa serta dengan program yang diadakan di semua peringkat akan membantu generasi di masa akan datang. Tahniah diucapkan kepada sekolah yang menang dalam pertandingan pringkat negeri 2013 baru-baru ini, dan diharapkan sekolah lain akan terus memperkasakan dan memperhebatkan lagi bilik atau sudut sumber ppda.

 Lawatan ke SK Haji Ismail Bilik Sumber PPDa 

 Bilik Sumber bagi kategori sekolah rendah 

 En Abdullah Sani menyampaikan fokus strategi kepada peserta 

 Penyampaian cenderahati kepada Pengetua SMK Ayer Hangat 

 Bilik Sumber kategori sekolah menengah

 Salah satu sudut kreatif  bilik sumber 


Pengawas PPDa SMK Ayer Hangat

Sabtu, 9 Mac 2013

PENILAIAN BILIK DAN SUDUT SUMBER PERINGKAT NEGERI BERMULA


 MARAN, Seramai 10 orang PKD telah dilantik sebagai hakim penilai bagi pertandingan Bilik dan sudut sumber PPDa Peringkat Negeri Pahang. Pertandingan ini melibatkan dua kategori iaitu Bilik Sumber PPDa bagi sekolah rendah dan menengah. Satu lagi kategori iaitu sudut sumber PPDa bagi sekolah rendah dan menengah. Penilaian kali adalah bertujuan untuk mengenalpasti sekolah yang akan menjadi wakil negeri Pahang untuk dipertandingkan ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada Jun 2013. Penilaian ini telah mengambil tempoh lebih kurang dua minggu bermula dari tarikh 4 Mac. Fokus utama penilaian ini adalah dari sudut fizikal dan aktiviti pada tahun 2012 yang telah dilaksanakan. Menurut PKD dari Jerantut, En Faiz Mahyudin  yang telah ditemubual, peringat pada tahun ini amat sengit setelah menilai beberapa buah sekolah. Walau apa pun syabas dan tahniah kepada sekolah yang telah menjadi wakil daerah masing-masing.  Harapan daripada pihak JPN agar sekolah yang tidak layak akan terus meningkatkan lagi sudut dan bilik sumber PPDa di masa akan datang dan tidak berputus asa. Ketua Unit PPDa JPN, En Abdullah Sani juga mengucapkan penghargaan terima kasih kepada semua sekolah yang masuk bertanding. Beliau berharap agar pada masa akan datang semua sekolah dalam negeri Pahang akan menang dalam pertandingan.


 Bersama AJK PPDa SMK Maran sudut sumber 

 PKD Jerantut melihat akan kesan halo dari pelajar SMK Maran

 PKD Bera En Emirul melihat certa organisasi SMK Temerloh Jaya

 Mencuba salah satu aktiviti permainan PPDa yang ada di SMK Temerloh Jaya

 Mendengar taklimat daripada Guru PPDa SMK Temerloh Jaya

 Kemahiran yang dihasilkan oleh SMK Temerloh Jaya

 Bersama Pengetua SMK Jengka 24 

 Taklimat yang disampaikan oleh PKD Pekan kepada AJK PPDa SMK Alor Akar

 Memberi pandangan dan idea untuk penambahbaikan kepada Guru PPDa SK Serengkam

 Taklimat bersama di SJKT Lyum Leong 

 PKD Pekan memberikan pandangan kepada G7 daerah Cameron Higland

 PKD Kuantan memberi pandangan kepada Guru PPDa SK Ganchong 

Penerangan daripada Guru PPDa SK RTP Bukit Goh 

Sabtu, 16 Februari 2013

KURSUS JURULATIH EKSEKUTIF SAHABAT PPDa-PETRONAS 2013

 Sesi bergambar  bersama pegawai dari PETRONAS 

 Bersama dengan pegawai PPDa dari Melaka


Kelang, Selangor. Seramai 120 orang pegawai PPDa dari PPD,JPN dan Kementerian Pelajaran telah menghadiri kursus ini selama tiga hari di Hotel Goldcourse. Turut hadir dalam majlis perasmian penutupan iaitu Datin Rashidah Bt Md Yusof Tim. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM bersama Datin Rozita ( PETRONAS). Dalam ucapan beliau menegaskan supaya semua pegawai mengambil serius dalam menangani gejala dadah dalam kalangan pelajar sekolah di semua peringkat selaras dengan misi 1 Malaysia Membenteras Dadah. Diharapkan semua pegawai dari seluruh pelusuk Malaysia akan bersama membenterasnya.
MESYUARAT PENGURUSAN GURU PPDa 2013 DAERAH MARAN DAN LAWATAN PENANDA ARAS ONE STOP CENTRE DI SMK MARAN 2.

Khamis, 7 Feb. Tahniah diucapkan kepada semua warga SMK Maran 2 kerana Bilik Sumber PPDa telah menjadi 'Iconik' seterusnya merupakan 'one stop centre' di peringkat kebangsaan. Dalam ucapan En Wan Muhammad Azan Unit PPDa JPN SMK Maran telah menjadi Johan di peringkat kebangsaan pada tahun 2008 yang masih lagi mengekalkan suasana kejuaraannya sehingga kini. Seramai 70 orang guru PPDa di Daerah Maran telah menghadiri mesyuarat dan seterusnya membuat lawatan ke bilik sumber PPda SMK Maran2. Turut hadir dalam majlis itu En Baharum bin Hj Samat PPD Maran dan En Burhanuddin bin Hj Hashim Ketua Unit SPK PPD Maran amat mengkaguminya. Beliau berpesan kepada semua guru agar memperhebatkan lagi bilik dan sudut/lorong PPDa di sekolah masing-masing supaya semuanya akan masuk bertanding dan menang. Dalam taklimat Pn Norhayati Pengetua SMK Maran 2, rahsia menjadi kejayaan ini adalah semangat kerjasama dan gabungan kreativiti dari semua warga sekolah serta minat yang sangat tinggi. Syabas sekali lagi kepada warga SMK Maran 2 yang masih terus mengekalkan suasana tersebut. Nasihat dari PPDa Maran jadikan SMK Maran 2 sebagai idola dan rujukan kepada sekolah -sekolah lain yang ingin bertanding pada masa akan datang. Bagi mereka yang ingin membuat lawatan ke sekolah ini boleh hubungi terus ke pengetua SMK Maran 2.

 En Baharum menyampaikan pesanan kepada guru PPDa 

 Guru PPDa sesi 2013 yang tiba mengambil tempat 

 Turut hadir En Sabaruddin dari Unit PPDa JPN 

 PKD Maran menyampaikan cenderahati kepada PPD diiringi oleh EN Burhanuddin KU Unit SPK

 Guru PPDa membuat lawatan di Bilik Sumber 

 Bersama dengan En Wan Muhammad Azan Unit PPDa JPN 

 Guru PPDa mendengar taklimat PPDa

 Salah satu sudut yang ada di SMK Maran 2 

 Simulasi kubur 'si penagih'

 Suasana di dalam bilik sumber 

 Guru membaca info dalam bilik sumber PPDa

Sesi bergambar Guru PPDa 2013 

Selasa, 5 Februari 2013

Info PPDa :

1)  MESYUARAT PENGURUSAN PPDa KALI 1/2013
     Tempat : SMK Maran 2 ( Dewan )
     Masa    : 8.30 pagi ( daftar )
     Tarikh   : 7 Februari 2013

      p/s : Sila bawa Senarai Semak Khidmat Pengurusan PPDa 2012 dan buku perancangan PPDa Sekolah.

2)  Ujian Urin Sekolah Menengah akan diadakan bermula pada tarikh 18 Februari 2013. Sila semak email sekolah masing untuk muat turun surat dan lain -lain borang. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai PPDa . Terima kasih.

MESYUARAT PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH KALI 1/2013
PERINGKAT NEGERI 2013.


 Ucapan yang disampaikan oleh Ketua Sektor SPK Tn Hj Raauf B Hj Jali

 Mesyuarat dipengerusikann oleh En Abdullah Sani bin Abdul Rahman Ketua UNit PPDa


       Selasa, 22 Jan. Semua Pegawai Khas Dadah setiap daerah telah menghadiri satu mesyuarat penyelarasan pengurusan Unit PPDa bersama dengan Ketua Sektor SPK iaitu Tuan Haji Raauf Bin Haji Jali. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En Abdullah Sani bin Abdul Rahman Ketuan Unit PPDa JPN turut dihadiri En Wan Muhammad Azan bin Wan Jaafar Pen. Pengarah dan En Sabaruddin bin Ghazali Penyelia Kanan Unit PPDa JPN. Dalam ucapan yang disampaikan oleh ketua sektor, beliau mengharapkan semangat kerjasama yang ada dalam Unit PPDa ini dapat diteruskan sehingga keperingkat guru dan murid agar dapat bersama -sama membanteras gejala dadah di negri Pahang. Mesyuarat ini diadakan selama 2 hari di Bilik Ibnu Khaldun Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Syabas dan tahniah kepada semua PKD yang telah menjaya semua aktiviti sepanjang tahun 2012. Unit PPDa juga mengucapakan selamat menjalankan tugasan yang baru kepada mantan PKD Daerah Rompin yang telah bertukar Unit Hem iaitu En Mohd Esam Bin Yahaya. Beliau difahamkan mengambilalih tugas ini disebabkan persaraan pegawai Hem yang telah bersara pada bulan November 2012. Semoga tugas dan cabaran yang akan ditempuhi oleh beliau akan memantapkan intigriti diri, Insyaallah.


Mantan PKD Daerah Rompin yang telah bertukar jawatan HEM PPD Rompin, 
En Mohd Esam Bin Yahaya 

LOGO PPDa TERKINI


Assamualaikum, salam 1 Malaysia, salam PPDa kepada semua warga PPDa negeri Pahang. Unit PPDa kini telah menukar logo PPDa yang baru bagi menggantikan yang lama. Logo yang baru ini berasaskan visi dan misi PPDa JPN Pahang 'SEKOLAH BEBAS DADAH 2015' yang akan digunakan disemua peringkat. Tidak banyak perubahan pada logo tersebut. Visi yang ada pada logo itu telah dikeluarkan menampakkan ianya lebih mantap. Terima kasih serta tahinah kepada En Wan Muahmmad Azan bin Wan Jaafar dan En Abdullah Sani bin Abdul Rahman  yang bertanggungjawab terhadap logo seperti ini. Diharapkan akan datang agar setiap daerah mempunyai logo PPDa di daerah masing-masing.

Khamis, 31 Januari 2013

Pertandingan Bilik sumber/lorong PPDa Peringkat Daerah Maran 2012


Penyampaian cenderahati kepada Pegawai AADK Maran yang turut terlibat 
dalam menilai bilik sumber dan sudut/lorong PPDa peringkat daerah.

Penjara yang ada dalam bilik sumber SMK Seri Jengka 

 Sudut info antidadah di SMK Seri Jengka 

 Lorong mesteri yang adalah bilik sumber SK Chedong Jaya 

 PKD Maran menyemak fail PPDa SK Serengkam 

 Sesi lawatan ke sudut/lorong PPDa yang ada di SK Serengkam 

 Menyemak fail lorong PPDa di SMK Maran di bantu oleh G9 

 Pintu hadapan Lorong PPDa di SMK Maran 

 Gua Keinsafan PPDa yang ada di SMK Maran 

 Papan info PPDa yang ada di lorong SMK Maran 

Infi tambahan PPDa yang ada di lorong SMK Maran 

Pertandingan bilik sumber/lorong PPDa peringkat daerah Maran 2012 telah pun selesai dilaksanakan. Walaupun jumlah sekolah yang menyertai kurang, tetapi semangat setiap sekolah yang ditampilkan tidak luntur. Syabas dan tahniah kepada sekolah yang berani dan bersemangat menyahut cabaran yang diberikan. Pertandingan seperti ini merupakan program wajib dilaksanakan tiap - tiap tahun sama ada di peringkat kebangsaan, negeri mahupun daerah. Sebanyak 4 kategori yang tetapkan iaitu Bilik sumber PPDa bagi sekolah rendah dan menengah  serta sudut/lorong PPDa bagi sekolah rendah dan menengah. Kesemuanya adalah 6 buah sekolah yang bertanding mengikut kategori masing-masing iaitu  SMK Seri Jengka ( Bilik sumber), SMK Maran ( Lorong ) , SMK Jengka 6 ( Bilik Sumber ) , SK Chedong Jaya ( Bilik Sumber ), SK Serengkam ( Lorong ) dan SJKC Sri Jaya ( Lorong). Sekolah yang menang dalam pertandingan ini akan mewakili daerah untuk ke peringkat negeri yang bermula pada Mac 2013. Harapan PPD Maran semoga sekolah yang akan mewakili daerah akan berjaya di peringkat negeri seterusnya kebangsaan bagi manaikkan nama Daerah Maran , Insyaallah.

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...