Khamis, 30 September 2010

Lawatan Penanda Aras JPN Melaka ke SMK Maran 2

Lawatan ini telah dijalankan pada 29 September 2010, Hari Rabu pada pukul 9.30 pagi. Rombongan JPN Melaka seramai 60 orang peserta diketuai oleh Ketua Unit PPDa JPN Melaka. Pegawai-pegawai Khas Dadah (PKD) Negeri Melaka, guru-guru, pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah disambut dengan meriah. Bersama rombongan ini juga ada disertai oleh Ketua Unit PPDa Negeri Pahang (En Abdullah Sani), Penolong Pengarah PPDa Pahang (En Wan Azan) dan beberapa orang PKD negeri Pahang.
      Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan Bilik Sumber/Sudut/Lorong PPDa dan menjalinkan hubungan PPDa antara dua negeri. SMK Maran merupakan Johan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2008.
     Rombongan ini juga melawat SMK Inderapura dan SK Jerantut Jaya.

Jumaat, 17 September 2010

Program Nafas Segar dan Kempen Anti rokok di Sekolah

Bila bercerita tentang rokok, ramai orang yang tidak mahu berbicara tentang bahayanya. Ramai yang tidak suka ditegur atau dinasihat supaya berhenti merokok. Tidak dapat dinafikan, sebilangan rakan guru juga adalah perokok sama ada perokok tegar atau tidak. Pekeliling Iktisas Bil 5/1997, jelas menyatakan Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok. Larangan ini meliputi keseluruhan premis sekolah, sama ada di kawasan terbuka mahupun di dalam bilik ataupun di tempat-tempat terselindung daripada pandangan murid. 
           Amat memalukan jika para guru tidak mengambil endah akan larangan ini. Bukan kita menghalang kebebasan guru, tetapi lebih baik mencegah daripada mengubati. Jika kita selama ini melaungkan sikap disiplin yang tinggi di kalangan murid, mengapa tidak guru juga mendisiplinkan diri daripada merokok di sekolah. Jangan pula nanti, orang kata "Guru kencing berdiri, murid kencing berlari". Guru sepetutnya menjadi teladan kepada para pelajar.Alangkah kecewanya kita melihat ramai para pelajar hari ini, begitu mudah merokok. Bilangan perokok di kalangan pelajar semakin meningkat, malah kajian juga menunjukkan semakin ramai remaja wanita mula merokok. Mereka ini sudah tidak kisah dengan tindakan disiplin dan ada kalangan mereka sanggup dikenakan tindakan buang sekolah, asalkan tabiat rokok dapat diteruskan. Ramai yang menghisap rokok diluar pintu pagar sekolah, membeli rokok di kedai sudah menjadi perkara biasa malah tiada siapa yang merasa bersalah sama ada pelajar atau peniaga. Di rumah pula, rokok sudah menjadi amalan biasa, malah ada kalangan bapa boleh berkongsi rokok bersama anak-anaknya.
          Inilah antara fenomena yang kita dapat lihat dewasa ini.Semakin ramai pula mereka yang merokok sejak dari sekolah rendah lagi. Rokok terlalu mudah didapati. Jika kita renungkan, berhenti menghisap dadah lebih mudah daripada berhenti merokok. Antara penyebabnya ialah bahan nikotin mempunyai ransangan yang lebih lama (ketagihan) kepada perokok berbanding dadah yang lain. Nyatalah, rokok adalah 'api dalam sekam' dan ia sebenarnya MERBAHAYA.Kajian yang dijalankan ke atas pelajar di daerah ini (384 orang) menunjukkan 86% adalah perokok. Daripada jumlah itu, seramai 141 orang (37%) mengaku telah merokok sejak di sekolah rendah. 69.3% daripada mereka adalah perokok tegar iaitu lebih 3 batang sehari.
         Jelasnya di sini, usaha yang giat perlu dilakukan oleh semua pihak sama ada sekolah, ibu bapa penjaga dan PIBG, dalam menengani masalah pelajar merokok. Kempen Nafas Segar dan Program Anti Rokok hendaklah dijalankan bagi menyedarkan mereka. Sekolah-sekolah menengah juga disarankan mewujudkan KLINIK BERHENTI MEROKOK kepada semua komuniti sekolah, sama ada pelajar, guru ataupun kakitangan danibu bapa. SMK Maran 2 boleh dijadikan contoh model Anti rokok.
      Mencegah lebih baik daripada merawat. Elakkan rokok menjadi teman hidup kita. Apa yang paling membimbangkan, rokok membawa kita atau anak-anak kita ke lembah dadah dan menguasai hidup kita tanpa boleh kita jauhinya lagi. Alangkah malangnya kita diketika itu.

Pertandingan Mencipta Lagu PPDa. Terbuka Untuk Guru-guru. Tarikh tutup 31 OKT. 2010

Diharapkan semua sekolah dapat menyertai Pertandingan ini. Selain ianya sebagai salah satu program PPDa, ia juga dapat melihat sejauhmana fungsi dan peranan Panitia Muzik di sekolah-sekolah. Guru-guru Muzik boleh mengembangkan bakat mereka selain menyahut cabaran ini. Setiap sekolah mempunyai guru muzik dan tentunya tidak sukar untuk mencipta sebuah lagu. Selain itu, guru-guru lain (bukan guru Muzik) yang berkemahiran muzik boleh tampil untuk sama-sama menyumbang bakat mereka.


Kita mengharapkan Daerah Maran mampu tampil sebagai satu daerah pendidikan yang cemerlang. Surat arahan telah diedarkan ke sekolah bertarikh 6 September 2010

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...