Sabtu, 16 Februari 2013

KURSUS JURULATIH EKSEKUTIF SAHABAT PPDa-PETRONAS 2013

 Sesi bergambar  bersama pegawai dari PETRONAS 

 Bersama dengan pegawai PPDa dari Melaka


Kelang, Selangor. Seramai 120 orang pegawai PPDa dari PPD,JPN dan Kementerian Pelajaran telah menghadiri kursus ini selama tiga hari di Hotel Goldcourse. Turut hadir dalam majlis perasmian penutupan iaitu Datin Rashidah Bt Md Yusof Tim. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM bersama Datin Rozita ( PETRONAS). Dalam ucapan beliau menegaskan supaya semua pegawai mengambil serius dalam menangani gejala dadah dalam kalangan pelajar sekolah di semua peringkat selaras dengan misi 1 Malaysia Membenteras Dadah. Diharapkan semua pegawai dari seluruh pelusuk Malaysia akan bersama membenterasnya.
MESYUARAT PENGURUSAN GURU PPDa 2013 DAERAH MARAN DAN LAWATAN PENANDA ARAS ONE STOP CENTRE DI SMK MARAN 2.

Khamis, 7 Feb. Tahniah diucapkan kepada semua warga SMK Maran 2 kerana Bilik Sumber PPDa telah menjadi 'Iconik' seterusnya merupakan 'one stop centre' di peringkat kebangsaan. Dalam ucapan En Wan Muhammad Azan Unit PPDa JPN SMK Maran telah menjadi Johan di peringkat kebangsaan pada tahun 2008 yang masih lagi mengekalkan suasana kejuaraannya sehingga kini. Seramai 70 orang guru PPDa di Daerah Maran telah menghadiri mesyuarat dan seterusnya membuat lawatan ke bilik sumber PPda SMK Maran2. Turut hadir dalam majlis itu En Baharum bin Hj Samat PPD Maran dan En Burhanuddin bin Hj Hashim Ketua Unit SPK PPD Maran amat mengkaguminya. Beliau berpesan kepada semua guru agar memperhebatkan lagi bilik dan sudut/lorong PPDa di sekolah masing-masing supaya semuanya akan masuk bertanding dan menang. Dalam taklimat Pn Norhayati Pengetua SMK Maran 2, rahsia menjadi kejayaan ini adalah semangat kerjasama dan gabungan kreativiti dari semua warga sekolah serta minat yang sangat tinggi. Syabas sekali lagi kepada warga SMK Maran 2 yang masih terus mengekalkan suasana tersebut. Nasihat dari PPDa Maran jadikan SMK Maran 2 sebagai idola dan rujukan kepada sekolah -sekolah lain yang ingin bertanding pada masa akan datang. Bagi mereka yang ingin membuat lawatan ke sekolah ini boleh hubungi terus ke pengetua SMK Maran 2.

 En Baharum menyampaikan pesanan kepada guru PPDa 

 Guru PPDa sesi 2013 yang tiba mengambil tempat 

 Turut hadir En Sabaruddin dari Unit PPDa JPN 

 PKD Maran menyampaikan cenderahati kepada PPD diiringi oleh EN Burhanuddin KU Unit SPK

 Guru PPDa membuat lawatan di Bilik Sumber 

 Bersama dengan En Wan Muhammad Azan Unit PPDa JPN 

 Guru PPDa mendengar taklimat PPDa

 Salah satu sudut yang ada di SMK Maran 2 

 Simulasi kubur 'si penagih'

 Suasana di dalam bilik sumber 

 Guru membaca info dalam bilik sumber PPDa

Sesi bergambar Guru PPDa 2013 

Selasa, 5 Februari 2013

Info PPDa :

1)  MESYUARAT PENGURUSAN PPDa KALI 1/2013
     Tempat : SMK Maran 2 ( Dewan )
     Masa    : 8.30 pagi ( daftar )
     Tarikh   : 7 Februari 2013

      p/s : Sila bawa Senarai Semak Khidmat Pengurusan PPDa 2012 dan buku perancangan PPDa Sekolah.

2)  Ujian Urin Sekolah Menengah akan diadakan bermula pada tarikh 18 Februari 2013. Sila semak email sekolah masing untuk muat turun surat dan lain -lain borang. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai PPDa . Terima kasih.

MESYUARAT PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH KALI 1/2013
PERINGKAT NEGERI 2013.


 Ucapan yang disampaikan oleh Ketua Sektor SPK Tn Hj Raauf B Hj Jali

 Mesyuarat dipengerusikann oleh En Abdullah Sani bin Abdul Rahman Ketua UNit PPDa


       Selasa, 22 Jan. Semua Pegawai Khas Dadah setiap daerah telah menghadiri satu mesyuarat penyelarasan pengurusan Unit PPDa bersama dengan Ketua Sektor SPK iaitu Tuan Haji Raauf Bin Haji Jali. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En Abdullah Sani bin Abdul Rahman Ketuan Unit PPDa JPN turut dihadiri En Wan Muhammad Azan bin Wan Jaafar Pen. Pengarah dan En Sabaruddin bin Ghazali Penyelia Kanan Unit PPDa JPN. Dalam ucapan yang disampaikan oleh ketua sektor, beliau mengharapkan semangat kerjasama yang ada dalam Unit PPDa ini dapat diteruskan sehingga keperingkat guru dan murid agar dapat bersama -sama membanteras gejala dadah di negri Pahang. Mesyuarat ini diadakan selama 2 hari di Bilik Ibnu Khaldun Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Syabas dan tahniah kepada semua PKD yang telah menjaya semua aktiviti sepanjang tahun 2012. Unit PPDa juga mengucapakan selamat menjalankan tugasan yang baru kepada mantan PKD Daerah Rompin yang telah bertukar Unit Hem iaitu En Mohd Esam Bin Yahaya. Beliau difahamkan mengambilalih tugas ini disebabkan persaraan pegawai Hem yang telah bersara pada bulan November 2012. Semoga tugas dan cabaran yang akan ditempuhi oleh beliau akan memantapkan intigriti diri, Insyaallah.


Mantan PKD Daerah Rompin yang telah bertukar jawatan HEM PPD Rompin, 
En Mohd Esam Bin Yahaya 

LOGO PPDa TERKINI


Assamualaikum, salam 1 Malaysia, salam PPDa kepada semua warga PPDa negeri Pahang. Unit PPDa kini telah menukar logo PPDa yang baru bagi menggantikan yang lama. Logo yang baru ini berasaskan visi dan misi PPDa JPN Pahang 'SEKOLAH BEBAS DADAH 2015' yang akan digunakan disemua peringkat. Tidak banyak perubahan pada logo tersebut. Visi yang ada pada logo itu telah dikeluarkan menampakkan ianya lebih mantap. Terima kasih serta tahinah kepada En Wan Muahmmad Azan bin Wan Jaafar dan En Abdullah Sani bin Abdul Rahman  yang bertanggungjawab terhadap logo seperti ini. Diharapkan akan datang agar setiap daerah mempunyai logo PPDa di daerah masing-masing.

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...