Rabu, 23 November 2011

Tahniah SMKTAA Chenor, mendapat Tempat Keempat Anugerah Lorong Sumber PPDa Kebangsaan 2011 Kategori sekolah menengah

                                                Cikgu Kamaliah bersama trofi .

Walaupun mendapat tempat keempat, namun PPDa Maran mengucapkan tahniah atas usaha cemerlang warga sekolah memastkan PPDa menjadi wardah perjuangan sekolah. Sememangnya pada tahun ini, saingan peringkat kebangsaan terlalu sengit berbanding tahun sebelumnya. Tahniah kepada Pengetua, Guru PPDa, Jawatankuasa PPDa sekolah, para pelajar dan semua warga sekolah. Moga ianya memberi semangat baru baut kita semua

Selasa, 22 November 2011

Dadah oh Dadah..!

Lihatlah akhbar dan berita, setiap hari semakin banyak berita-berita tentang penyeludupan dadah, 'Keldai Dadah', tangkapan dan rampasan dadah. Berjuta-juta hasil tangkapan. Dadah pula pelbagai jenis malah bergudang dadah diperolehi.
     Jangan ditanya apa yang pihak berkuasa telah, sedang dan akan lakukan. Mereka sudah terlalu banyak berkorban untuk negara. Tanyalah pada diri kita, apakah peranan dan tanggung jawab kita ? Apakah kita berjaya menjauhkan anasir dadah ini dari tubuh badan kita, keluarga kita dan masyarakat kita? Tanyalah pada diri, cukupkah sekadar kita mendengar berita, tetapi tiada berbuat apa-apa? Jika dadah musuh nombor 1 negara, adakah benar kita bersungguh menentangnya?

Lihatlah paparan akhbar ini.

Sindiket pengedaran dadah Iran guna Pelabuhan Klang

2011/11/21


KUALA LUMPUR: Selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sindiket pengedaran dadah antarabangsa warga Iran kini dikesan menggunakan Pelabuhan Klang sebagai pintu masuk utama bekalan dadah ke negara ini.

Taktik itu terbongkar selepas polis menahan lapan suspek dalam dua serbuan berasingan di Jalan Kampung Pandan dan sebuah rumah di Taman D’ Alpina, Puchong, masing-masing pada 11 dan 19 November lalu. Turut dirampas 124.9 kilogram syabu atau methaphetamine tulen bernilai RM27 juta, dipercayai untuk pasaran tempatan dan negara serantau. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata sindiket Iran kini tidak lagi menyeludup dadah secara kecil-kecilan melalui KLIA, sebaliknya dalam skala besar berikutan permintaan tinggi di rantau ini.

“Semua syabu yang siap diproses ini diseludup masuk melalui Pelabuhan Klang menggunakan kontena. Pemeriksaan menemui syabu itu disembunyikan dalam ruang rahsia di bahagian bawah kotak yang diisytiharkan mengandungi barangan hiasan rumah, termasuk pasu hiasan, bingkai kaca dan lampu hiasan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Turut dirampas wang tunai RM137,400 dipercayai digunakan untuk urus niaga dadah berkenaan, selain beberapa kenderaan mewah milik sindiket termasuk MG Rover, Toyota Lexus, BMW dan Mercedes Benz.
Noor Rashid berkata, rampasan itu yang terbesar dicatatkan polis setakat ini, terutama dari segi kuantiti dan nilai dadah, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa Malaysia kini semakin aktif digunakan sebagai transit sindiket dadah antarabangsa.


“Hasil semakan mendapati kesemua suspek memasuki negara ini secara sah menggunakan pas lawatan sosial dengan menyatakan diri mereka sebagai ahli perniagaan,” katanya

Khamis, 3 November 2011

Kepada Mereka Yang Merokok: Adakah anda mahukan paru-paru anda sebegini?





Kem Intensif- SHIELDS Peringkat Negeri Pahang 2011

Wakil Pegarah AADK Pahang, En Faizal (tengah), En Sabaruddin dari Jabatan Pelajaran Pahang (kanan) dan En Ahmat Pesta, Ketua Urusetia Program SHIELDS-AADK (kiri).

Berlatarbelakangkan Gua Gunung Senyum. Cukup menarik.

Peserta mengangkat ikrar sumpah tidak terlibat dengan dadah.

Program ini telah diadakan pada 19 hingga 21 Oktober 2011 di Hutan Lipur Gunung Senyum, melibatkan seramai 40 orang peserta di kalangan pelajar.Bertujuan sebagai program pemulihan dan kesedaran kepada pelajar agar tidak terjebak dengan najis dadah. Keseluruhannya, program ini berjaya memantap jati diri peserta. Terima kasih kepada seluruh peserta, urusetia, fasilitator, penceramah, pegawai AADK dan PKD yang terlibat.

Mesyuarat Urusetia Penyelarasan Program Alumni Sahabat PPDa Petronas Kebangsaan 2011 di Bukit Gambang Resort

Bukit Gambang Hotel

Mesyuarat Urusetia

Turut bersama ialah Ketua Unit PPDa KPM, Tuan Hj Badrul Hisham b. Abd Karim(2 dari kiri) dan Pegawai Pengelola PPDa KPM, En Ahmad Hashimi (nombor 1 dari kiri).

Pegawai-pegawai PPDa negeri Pahang (urusetia) sedang bersiap untuk lawatan tapak.

Persiapan dewan

Lawatan kerja ke tapak program

Satu mesyuarat Penyelarasan dan urusetia telah dilaksanakan pada 11 hingg 13 Oktober 2011 di Bukit Gambang Resort, Kuantan. Ia bertujuan untuk menyelaras perlaksanaan program kebangsaan yang akan berlang sung pada 15 hingga 17 November 2011 yang akan dihadiri oleh semua sahabat PPDa-Petronas dari seluruh negara. Majlis Alumni dijangka dihadiri oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Ketua Pengarah Bahagian sekolah Harian KPM, Pengarah Pelajaran Pahang dan pegawai kanan PPDa dari seluruh negara.

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...