Khamis, 28 Oktober 2010

Majlis Alumni Sahabat PPDa-Petronas Peringkat Kebangsaan 2010

Majlis ini telah berlangsung pada 19 Oktober 2010 di Tiara Beach Resort, Port Dickson. Semua 'Sahabat PPDa-Petronas' seluruh Malaysia berkumpul di sana dan diraikan dengan penuh meriah. Majlis ini adalah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Petronas buat kali ke 2 mulai 2009 yang lalu.
     Majlis Alumni ini diadakan pada sebelah malamnya dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Ybhg. Dato' Hajah Noor Rezan bt. Bapoo Hashim;  En Rosli bin Abdul Rahim, Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Korporat Petronas; Dato' M. Zulkipli b M Wazir; Pegawai-pegawai KPM, Pegawai PPDa JPN, Pegawai PPDa Daerah, Pengetua dan Guru Besar dan pelajar-pelajar Sahabat Petronas eluruh negara. Majlis dimeriahkan dengan 'Gimik' permainan api, persembahan muzik tradisional dan lagu oleh beberapa orang 'Bintang Kecil' yang cukup menghiburkan.

Kartunis Lat



Pelancaran Poster Sahabat PPDa-Petronas

Pegawai-pegawai PPDa JPN Pahang bergambar bersama Kartunis Lat (Dato'Mohd Nor Khalid)


Timbalan Ketua Pengarah, Kementerian Pelajaran Malaysia melancarkan Poster Sahabat PPDa-Petronas



Kontigen PPDa Pahang


      Pada malam berkenaan juga diadakan penyampaian hadiah dan cenderamata kepada guru dan pelajar Sahabat PPDa-Petronas. Juga tidak ketinggalan, Pelancaran Empat Poster Sahabat PPDa-Petronas oleh tetamu Kehormat. Turut bersama dalam majlis tersebut ialah Kartonis 'LAT, Ybhg. Datuk Mohd Nor Khalid (Lat)'.

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...