Ahad, 3 April 2011

Urin Positif semakin berkurang, Pengakuan semakin meningkat

Urin yang positif Methapetamin (Syabu)



Air kencing yang diuji.

Ujian Urin telah diadakan di semua sekolah menengah. Bagi Daerah Maran, pelajar positif urin semakin berkurang. Namun begitu, jumlah pengakuan pelajar semakin meningkat. Usaha yang lebih amat perlu dalam menangani gejala ini. Kebanyakkan pelajar yang mencuba dadah merupakan pelajar yang sememangnya mempunyai masalah disiplin. Urin positif berkurang mungkin kerana tempoh masa dan dos pengambilan dadah dengan operasi urin.
     Bermula daripada merokok, pelajar ini mula terlibat dalam masalah disiplin terutamanya ponteng sekolah. Dengan asakan dunia yang semakin mencabar, pelajar bermasalah ini mengambil jalan mudah dengan terjebak dalam penyalahgunaan dadah. Budaya lepak, rempit, gengster dan ponteng antara jalan permulaan kepada masalah yang lebih besar. Rokok menjadi teman yang tidak mungkin ditinggalkan dan ada antaranya yang terjebak bermula dengan rokok. Mereka sentiasa berkongsi rokok hingga tidak sedar bahan dadah telah dimasukkan.
    Dewasa ini, dadah jenis sintetik seperti syabu/'ice'/batu, begitu banyak menguasai pasaran dadah. Walaupun di kawasan kampung/felda, ianya mudah didapati. Kesannya yang amat meransang dan merbahaya, cukup digilai penagih-penagih baru. Ianya mula meresapi remaja yang bermasalah ini dengan begitu mudah. Mereka mula aktif melepak dan merempit. Apabila remaja terlibat, maka secara tidak langsung tahap disiplin mereka semakin buriuk, mereka semakin minat ponteng dan wujud budaya gengster. Sayangnya, perubahan negatif mereka ini tidak disedari oleh kebanyakkan ibu bapa.
    Terdapat juga remaja kita yang terlibat dengan ganja, hidu gam, minum air ketum dan sebagainya. Kesan pengambilan dadah dan bahan terlarang ini begitu mudah dapat dilihat pada wajah dan personaliti mereka. Mereka ini tidak terurus dan mudah menggelabah. Air ketum juga begitu mudah didapati terutama di majlis kenduri kahwin.
    Semasa operasi urin diadakan, PPDa juga telah menjalankan Soalselidik melibatkan pengakuan pelajar tentang mengambilan dadah, rokok, hidu gam, ubat batuk, air ketum, arak/alkohol dan zina. Agak mengejutkan apabila ada yang terlibat. Ujian dan soalselidik ini juga melibatkan pelajar perempuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...