Penyampaian cenderahati kepada Pegawai AADK Maran yang turut terlibat
dalam menilai bilik sumber dan sudut/lorong PPDa peringkat daerah.
Penjara yang ada dalam bilik sumber SMK Seri Jengka
Sudut info antidadah di SMK Seri Jengka
Lorong mesteri yang adalah bilik sumber SK Chedong Jaya
PKD Maran menyemak fail PPDa SK Serengkam
Sesi lawatan ke sudut/lorong PPDa yang ada di SK Serengkam
Menyemak fail lorong PPDa di SMK Maran di bantu oleh G9
Pintu hadapan Lorong PPDa di SMK Maran
Gua Keinsafan PPDa yang ada di SMK Maran
Papan info PPDa yang ada di lorong SMK Maran
Infi tambahan PPDa yang ada di lorong SMK Maran
Pertandingan bilik sumber/lorong PPDa peringkat daerah Maran 2012 telah pun selesai dilaksanakan. Walaupun jumlah sekolah yang menyertai kurang, tetapi semangat setiap sekolah yang ditampilkan tidak luntur. Syabas dan tahniah kepada sekolah yang berani dan bersemangat menyahut cabaran yang diberikan. Pertandingan seperti ini merupakan program wajib dilaksanakan tiap - tiap tahun sama ada di peringkat kebangsaan, negeri mahupun daerah. Sebanyak 4 kategori yang tetapkan iaitu Bilik sumber PPDa bagi sekolah rendah dan menengah serta sudut/lorong PPDa bagi sekolah rendah dan menengah. Kesemuanya adalah 6 buah sekolah yang bertanding mengikut kategori masing-masing iaitu SMK Seri Jengka ( Bilik sumber), SMK Maran ( Lorong ) , SMK Jengka 6 ( Bilik Sumber ) , SK Chedong Jaya ( Bilik Sumber ), SK Serengkam ( Lorong ) dan SJKC Sri Jaya ( Lorong). Sekolah yang menang dalam pertandingan ini akan mewakili daerah untuk ke peringkat negeri yang bermula pada Mac 2013. Harapan PPD Maran semoga sekolah yang akan mewakili daerah akan berjaya di peringkat negeri seterusnya kebangsaan bagi manaikkan nama Daerah Maran , Insyaallah.