Isnin, 31 Mei 2010

PERTANDINGAN BILIK SUMBER/ SUDUT PPDa 2010

Untuk makluman semua sekolah, Jabatan Pelajaran Pahang akan mengadakan Pertandingan Bilik Sumber dan Sudut PPDa pada tahun ini. Sekolah yang terpilih akan mewakili Negeri Pahang pada tahun 2011 nanti. Oleh yang demikian, besarlah harapan kita agar sekolah-sekolah di Daerah Maran mula bersedia dan mewngalktifkan lagi bilik atau sudut Sumber PPDa masing-masing.

    Penilaian di peringkat daerah dijangka akan dilaksanakan pada awal September 2010. Oleh yang demikian, pihak sekolah mempunyai waktu untuk mengaktifkan bilik dan sudut PPDa di sekolah masing-masing.


"Sekolah Bebas Dadah 2012"

Bahaya Rokok

Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak


Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat

Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.

Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.

Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak

•Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda.

•Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.

•Jagalah mereka, sayangi mereka.

•Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.

•Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.

•Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.
 
 
untuk maklumat lanjut sila ke http://www.infosihat.gov.my/
 
"Sekolah Bebas Dadah 2012"

Telan Pil Kuda untuk Lumba haram

Edisi Harian MetroTimur: Lumba haram telan pil kuda



KUALA TERENGGANU: Remaja yang terbabit dalam kegiatan lumba motosikal haram di bandar ini, dipercayai menggunakan pil kuda bagi menghilangkan perasaan takut hanya untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan oleh `bookie' perlumbaan.

Walaupun menyedari perbuatan itu membahayakan keselamatan, tetapi tawaran hadiah lumayan yang mencecah ribuan ringgit mendorong remaja terbabit melakukan apa saja termasuk menyabung nyawa mereka.

Malah, remaja terbabit sanggup menghabiskan wang untuk mengubah suai motosikal di bengkel haram yang hanya diketahui pelumba terbabit bagi memastikan kelajuan motosikal melebihi tahap yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sumber memberitahu Harian Metro, perlumbaan haram di sekitar bandar ini ditaja oleh `tauke' tertentu yang menjalankan pertaruhan haram membabitkan pelumba haram.

Menurutnya, kebanyakan pelumba yang terbabit dalam perlumbaan haram akan menggunakan pil kuda yang dipercayai mampu memberikan semangat dan kekuatan kepada mereka untuk menewaskan lawan.

“Pil kuda ini akan menyebabkan remaja terbabit mampu melakukan aksi luar biasa termasuk memecut di selekoh tajam selain memintas lawan pada jarak dekat.

“Malah, kebanyakan motosikal yang ditunggang remaja terbabit sudah diubah suai untuk perlumbaan tertentu,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, dia tidak menolak kebanyakan remaja yang terbabit dalam perlumbaan haram mempunyai kaitan dengan penyalahgunaan dadah berdasarkan tindakan bodoh yang dilakukan.

Menurutnya, mereka sanggup menggadaikan nyawa untuk menyahut cabaran tauke di belakang tabir yang memperalatkan mereka.

“Buat masa ini, lokasi perlumbaan haram yang menjadi pilihan remaja terbabit ialah di jalan baru berhampiran Jalan Bukit Tunggal yang boleh dilihat selepas jam 9 malam setiap hari.

“Bagi memastikan mereka tidak ditahan pihak berkuasa, pelumba haram ini akan memastikan motosikal mereka dipasangkan dengan nombor plat palsu atau menggunakan motosikal curi,” katanya.

Selain itu, pelumba haram ini akan cuba melarikan diri jika ada pihak berkuasa yang cuba menahan mereka dan mereka juga sanggup melanggar polis yang menjalankan operasi sekatan jalan raya.

Menurutnya, tindakan ini bertujuan bagi mengelakkan perbuatan mereka menggunakan pil kuda selain melindungi tauke yang menaja perlumbaan itu.

“Lumba haram ini akan terus menjadi tumpuan remaja bermotor terutamanya penagih dadah kerana ia cara mudah untuk mendapatkan wang walaupun ia membahayakan nyawa mereka.

“Pihak berkuasa perlu menjalankan operasi bagi menangani masalah ini selain memasang perangkap bagi menahan tauke lumba haram yang memperalatkan nyawa remaja untuk kepentingan diri mereka,” katanya.



"Sekolah Bebas Dadah 2012"

'Raja Pot' tumpas jua..

Kelicikan 'raja pot dadah' tumpas



KUALA TERENGGANU – Kehebatan dan kelicikan 'Raja pot dadah' akhirnya tumpas apabila dia ditahan dalam serbuan di Kampung Gelugoh, Binjai Rendah, Marang, dekat sini, Khamis lalu setelah menunggunya hampir lima jam.

Sebelum ini 'Raja pot dadah' itu dikatakan sanggup melakukan apa saja bagi mengelak ditangkap pihak berkuasa, termasuk merempuh mana-mana pegawai atau anggota polis yang cuba memberkasnya.

Selain bertindak ganas, lelaki yang digelar ‘raja pot dadah’ bersama rakan sekutunya juga tidak akan meninggalkan kereta ketika berurusan menjual dadah serta memastikan enjin sentiasa dihidupkan untuk memudahkan dia lari dan menyelamatkan diri daripada diberkas polis.

Pengedar dadah terbesar di Terengganu juga kerap menukar kereta menggunakan modus operandi itu bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Superintendan Roslan Abdul Wahid berkata, untuk menahan suspek memerlukan perancangan rapi kerana dia akan bertindak ganas merempuh apa saja yang cuba menghalangnya.

Menurutnya, jangkaan mereka tepat apabila suspek bertindak nekad mengundurkan kereta Perodua Viva ke belakang dan melanggar tiang lampu hingga kemik dalam usaha melarikan diri sebaik dikepung polis.

“Suspek bersama dua rakannya juga menekan minyak kereta untuk meluru ke depan sambil menundukkan kepala, namun polis sudah bersedia menggunakan kenderaan berat bagi menghalang daripada melepaskan diri dari kepungan.

“Pada waktu itu, mereka masih enggan keluar daripada kereta dengan mengunci pintu dari dalam untuk mencari jalan melarikan diri. Sehingga polis terpaksa memecahkan cermin kereta dan menangkapnya,” katanya semalam.

Roslan berkata, selain berjaya menangkap suspek bersama dua rakannya, polis turut merampas heroin seberat 35.79 gram bernilai kira-kira RM11,200 serta wang tunai RM13,000 dipercayai hasil jualan dadah.

Beliau berkata, suspek berusia 30 tahun dari Kampung Alor Limbat, Marang, itu mempunyai tiga rekod dadah dan satu rekod jenayah lampau digelar raja pot dadah kerana sindiketnya mengawal pot dadah di empat daerah.

Katanya, daerah berkenaan adalah Marang (pot Tebakang), Dungun (pot Jerangau Barat), Hulu Terengganu (pot Bading) dan Kuala Terengganu (pot sempadan Kuala Terengganu-Marang) membabitkan antara 150 hingga 200 penagih.

Beliau memberitahu, suspek bersama 10 ahli sindiketnya sentiasa berulang-alik dari Terengganu ke Thailand untuk mendapatkan bekalan dadah setiap dua hari dengan transaksi kira-kira RM100,000 seminggu.

"Suspek memang sudah lama diburu polis dan akan didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh susulan tindakannya cuba melanggar anggota polis pada 13 Mei lalu.

Raja pot dadah dan rakannya berusia 30 dan 40 tahun, masing-masing dari Kuala Berang dan Kampung Bukit Kayu Kelat, Marang, ditahan reman sehingga 3 Jun ini dan mereka disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung mandatori.

“Kejayaan itu adalah hasil maklumat orang awam setelah suspek menghilangkan diri selepas cuba rempuh polis 13 Mei lalu.

"Polis juga sudah mengenal pasti saki baki ahli sindiket berkenaan,” katanya.



"Sekolah Bebas Dadah 2012"

Rabu, 26 Mei 2010

Oh Tuhan... Pencuri/Penagih Kena Renjatan Elektrik

ROMPIN - Gara-gara mahu mencuri kabel elektrik mengandungi tembaga tulen, seorang lelaki berusia 20 tahun maut terkena renjatan elektrik di pencawang milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Felda Keratong 9, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu, mangsa yang dipercayai penagih dadah dipercayai cuba memotong wayar bumi apabila bahagian depan badannya terkena wayar hidup yang mempunyai arus elektrik.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, mayat mangsa ditemui rentung dan tergantung kira-kira tiga meter dari tanah setelah tersangkut di talian elektrik di pencawang itu oleh beberapa orang kakitangan TNB.:

“Mangsa dipercayai melakukan kegiatan itu pada lewat malam supaya tidak disedari orang awam,” katanya ketika ditemui :Sinar Harian:, semalam.

Johari berkata, kejadian itu turut mengakibatkan seluruh rumah di kawasan Felda berkenaan bergelap beberapa jam berikutan bekalan elektrik terputus.

“Polis difahamkan pihak TNB melakukan pemeriksaan di kawasan itu selepas menerima aduan orang awam mengenai ketiadaan elektrik di kawasan itu.

“Bagaimanapun, selepas melakukan pemeriksaan di pencawang terbabit, kakitangan TNB terkejut apabila mendapati ada mayat tergantung pada pencawang berkenaan,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek memasuki kawasan pencawang dengan memotong pagar pencawang TNB sebelum menyusup masuk ke kawasan pencawang.

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa individu lain yang turut sama dalam kejadian itu namun menghilangkan diri selepas mendapati rakan mereka terkena renjatan elektrik tersebut.

“Lelaki itu sepatutnya sudah mengetahui bahaya yang menanti kerana ia melibatkan kabel elektrik bervoltan tinggi,” katanya. _Sinar Harian

Janganlah perkara ini berlaku kepada anak-anak kita di Maran.
"Sekolah Bebas Dadah 2012"

Jumaat, 7 Mei 2010

Sebuah Menolog untuk Anda..

SEBUAH MONOLOG


Jadilah Awang
* Gunakan dialek Terengganu.



Jadilah Awang

Kesian ke Ayoh

Jadilah hisap dadoh

Baliklah Awang

Tulong ayoh wak kije baroh

Pengat leboh tebuang jadi doh

Mu ni dio tok ketik

Kerbo baroh ajok mu kubang

Kambing ayoh ajok mu prambak bukit

Ayam lam gok ajok mu main galoh panjang

Baliklah Awang

Ayoh nok ajok mu smayang berimam

Tok pasa jugok mu bilang bulang bintang

Awang, mu kan laki

Bakpe dok panda pileh heroin

Tera dulu makang petai, dok payoh makang ganja

Tinggallah daun ketum, cubo tera makang makjon.



Awang, blajo makang bubor lambok

Mane tau buleh ganti ubat batok

Tinggallah dadoh awang

Mari ekot ayoh gi noreh getoh

Tinggallah syabu ectasi

Balik rumah mok rebuh tongkat Ali

Awang, dulu mu gemuk stuku

Loni, kuruh ceding, lawo kucing



Jadilah Awang

Ayoh ingat lagi, zaman kecik mu panda cabut ubi

Ayoh rindu tengok mu pikul padi boh lam gembong

Ayoh suko tengok mu duduk langguk tarik

Layor hambak burung

Mata keling anok klesong.



Zaman mu kecik ayoh warning tikuh

Jangan brambak! Takut mu kejot

Ayoh sms ke katok suruh panggil hujan

Nok suruh mu tido panjang



Bile mu besa, mu jadi hanyut

Pade mu makang bende busuk

Baik mu makang rumpuk

Sedap mate tengok mu gemok



Jadilah Awang

Baliklah, ayoh nok suruh mu jadi orang

Ayoh piak ayoh debuk

Bukan ayoh benci ke mu

Mok baloh ngan ayah siang malam

Mok lari kilek kusam, mu tetap mok menang

Kalu temilo ayoh tu mahal, ayoh nok gadai

Nok cari petua dadoh ganja

Nok suruh mu tinggal



Awang, kite bukan orang kaye

Ayoh noreh getoh, mok mu jual gambir

Kalu mu berenti isap dadoh

Kulitmu lembut mace kulit ayoh

Tinggallah dadoh tu Awang

Baliklah, mok nok ajok mu smayang



* Terimakasih Kepada SMK Jengka 18 kerana sumbangan monolog ini. Ia pernah dibaca di waktu minggu anti dadah SMK Jengka 18, 2010.

Rabu, 5 Mei 2010

Aktiviti Sampingan Sahabat Petronas di SMK Tengku Panglima Perang

Di samping Program PPDa-Petronas, ada juga Program Karnival Kolaborasi  SMK Tengku Panglima Perang. Banyak pameran yang bermanfaat untuk pelajar.

kaunter nakotik (dadah) mendapat sambutan hangat daripada pelajar
jangan cuba dekati dadah
cikgupun nak kenal juga dadah, boleh tolong nasihat kepada pelajar.
Pameran Agensi Maritim
Banyak peluang pekerjaan jika tamat belajar nanti.
Pameran Tentera Laut
Pameran Bomba dan penyelamat bergerak

Bila pula pameran seperti ini boleh dibawa ke Maran?

En Jamal (PKD Jerantut) amat berminat dengan pameran.
"Sekolah Bebas Dadah 2012"

Program Sahabat Petronas - PPDa Peringkat Negeri Pahang 2010 (sekolah Rendah)

Program Sahabat Petronas - PPDa Peringkat Negeri Pahang 2010 (sekolah Rendah) telah diadakan pada ;

Tarikh : 5/5/2010
Hari   : Selasa
Tempat : Dewan SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad
               Indera Mahkota, Kuantan, Pahang

Fokus : Pembimbing rakan sebaya pelajar bagi menangani masalah rokok dan dadah di kalangan pelajar dan masyarakat.

Acara sehari bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 5.00 petang ini disusun dan dibiayai oleh Petronas. Gabungan Petronas dan PPDa ni banyak memberi manfaat kepada para pelajar. Perasmian penutup dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kuantan, En Rosdi bin Ismail. (mantan PPD Maran)

Berikut adalah gambar aktiviti Program Sahabat Petronas-PPDa;

Lihat gambar lagi...

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...