Rabu, 6 Julai 2011

Peserta Kem SHIELDS Meneroka Gua Lebak Puyuh

Peserta Kem SHIELDS telah berpeluang meneroka beberapa gua di kawasan Lebak Puyuh, Gunung Senyum. Antara gua yang diteroka ialah Gua Lebak Puyuh, Gua Ular, Gua Mayat, Gua Straw, dan pelbagai lagi. Pengalaman yang diperolehi bukan sahaja dapat meneroka keindahan gua dan sejarahnya malah membantu membentuk nilai jiwa murni di kalangan peserta. Perserta telah dibawa menghayati panorama dalam gua yang gelap dan pelbagai pengalaman baru diterima.
     Paling diingati apabila para peserta dikumpulkan dalam Gua Straw di mana para peserta diberi suntikan motivasi dan penghayatan nilai budi dan kerohanian. Para peserta dibiarkan di dalam gua tanpa sebarang cahaya selama 15 minit. Suasana 'Pengalaman di Alam Kubur' bagaikan dibawa kepada para peserta. Kesan daripada pengalaman ini membawa satu impak kepada diri peserta. Ada yang menangis kekesalan dan ada yang meneui keinsafan.
    Peserta telah dibawa oleh Pegawai Renjer Hutan yang bertugas meneroka pelbagai gua, flora dan fauna. Peserta juga berkesempatan berehat di Tasik Biru iaitu sebuah kolam yang terhasil di kawasan batu kapur berkenaan. Kita mengharapkan penghayatan alam memberi kesan kepada pembentukan jati diri dan kepribadian yang teguh kepada para peserta.Rata-rata peserta menyatakan keseronokan, keterujaan dan keinsafan.
Taklimat oleh Pegawai Renjer Hutan Gunung Senyum.

Kem komandan, Jurulatih, Pegawai AADK Maran, Pegawai PPDa Maran dan para peserta. 



Gua Mayat. Batu seakan mayat manusia.


Meneroka khazanah gua.

Sesi 'Kenali dan Muhasabah Diri' di dalam Gua Straw.Peserta dibiarkan 15 minit di dalam gua tanpa cahaya.


Menikmati ketenangan Tasik Biru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...