Jumaat, 15 Julai 2011

Program Nafas Segar/Tak Nak Merokok Peringkat Negeri Pahang 2011(Daerah Maran)

Tanggal 28 Jun 2011, telahpun berlangsung program Nafas Segar/Kempen Tak Nak Merokok Peringkat Negeri Pahang bagi Daerah Maran bertempat di SMK Desa Jaya. Program ini bagi memberi kesedaran dan pencegahan pelajar agar tidak melibatkan diri dengan masalah rokok.
     Program ini dianjurkan bersama oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Majlis ini dikelolakan oleh SMK Desa Jaya dan diselaraskan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Maran. Program ini mengumpulkan seramai 100 orang pelajar yang berpotensi dan aktif merokok. Antara slot yang dilibatkan ialah;
  1. Ceramah Isu-isu pemngambilan bahan terlarang dan kesannya kepada potensi diri pelajar telah disampaikan oleh Pegawai Kualiti/PPDa Maran, En Mohd Jasmi bin Jaafar
  2. Ceramah Bahaya Dadah oleh Pegawai Perubatan, Poliklinik Pekan Tajau, mewakili Jabatan Kesihatan Negeri
  3. Ceramah Kesan Bahaya Rokok dan Langkah mengatasi, oleh Pegawai Perubatan, Poliklinik Pekan Tajau, Maran.
  4. Klinik Berhenti Rokok, (dikendalikan oleh pegawai perubatan dari Poliklinik Jengka 2) menjalankan Ujian Nikotin bagi membantu pelajar untuk mengesan tahap nikotin dalam paru-paru dan bertindak untuk berhenti merokok.
  5. Pameran Anti Rokok oleh Unit Promosi, Pejabat Kesihatan Daerah Maran.
  6. Kuiz Anti Rokok dikendalikan oleh Unit Kaunseling dan PPDa, SMK Desa Jaya.
PPDa Maran mengucapkan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut terutama Jabatan Kesihatan Negeri dan SMK Desa Jaya. Sokongan guru-guru dan para pelajar amat menggalakkan dan diucapkan terima kasih.
     Program ini telah dirasmikan oleh En Abdullah Sani bin Abd Rahman, Ketua Unit PPDa JPNP. Turut serata hadir ialah Penolong Pengarah Unit PPDa JPNP, Dr Azura dari Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, En Mohd Jasmi bin Jaafar dari PPD Maran, En Roslan bin Md Ali Pengetua SMK Desa Jaya, Pegawai-pegawai kesihatan daerah dan guru-guru.
En Jasmi sedang meyampaikan ceramah

Para pelajar bersoaljawab mengenai bahaya rokok dengan pegawai kesihatan yang bertugas


Tiup pelahan-lahan dik oi..

Alat Ujian Nakotin

Pegawai Perubatan daripada Poliklinik Pekan Tajau sedang menyampaikan ceramah, dibantu oleh Puan Siti, Guru Kaunselor SMK Desa Jaya


Para pelajar begitu tekun mendengar ceramah yang disampaikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...