Selasa, 2 Ogos 2011

AKULAH MANUSIA ITU

AKULAH MANUSIA ITU
Oleh : En Suhaiza bin Zainal Abidin
SK Chedong Jaya, Maran

Akulah manusia itu
Gemala permata menjelma kaca
Bertahta di mahligai penuh dosa
Beraja maruah tercela
Bersemayam di singgahsana hina
Dengan daulat berhias luka

Akulah manusia itu
Bertilam jarum keramat neraka
Berkelambu dadah nikmat durjana
Kehanyiran menjadi syurga
Khayalan disangka nyata
Dosa bagai pahala

Akulah manusia itu
Manifestasi kehancuran diri
Si Tanggang ayah dan ibu sendiri
Makam bangsa dan jati diri
Implikasi ngeri negara ini
Mendustai inayat tuhan azali

Akulah manusia itu
Fakir yang tersungkur di jasad bumi
Cuba bangkit di jendela mimpi
Menaut kembali keangungan bangsa
Walau tiada harga diri
Walau dikau menjauhi
Walau tak mungkin suci kembali
Tetapku berdiri
Demi ibu pertiwi

Akulah manusia itu
Pewaris nasab bangsa mulia
Memohon dikurnia sedetik masa
Menebus dosa dan kemusnahan jiwa
Berbakti pada nusa dan negara
Mungkinkah diterima...

(Puisi ini memenangi Johan Pertandingan menulis Puisi Antidadah Peringkat Negeri Pahang 2010 Kategori Warga Pendidikan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...