Ahad, 3 April 2011

Minggu Antidadah 2011 : Tahniah dan terima kasih kepada sekolah yang telah melaksanakannya.

Minggu Anti Dadah merupakan satu program PPDa yang sentiasa dilaksanakan setiap tahun. Ianya selaras dengan sambutan Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan yang disambut pada setiap 19 Februari. Minggu antidadah diadakan di sekolah-sekolah, mulai Februari hingga Mac setiap tahun. Tema minggu antidadah pada tahun ini ialah "1Malaysia Membanteras Dadah".
     Pejabat Pelajaran Daerah Maran mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua sekolah Daerah Maran yang telah berjaya melaksanakan Minggu Antidadah peringkat sekolah. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah;
  1. Bacaan Perutusan Pengarah Pelajaran Pahang berkenaan Antidadah
  2. Bacaan Ikrar Jauhi Dadah
  3. Persembahan Puisi, Sketsa, Dikir, Boria Antidadah
  4. Pertandingan melukis dan mewarna antidadah
  5. Pertandingan mengarang antidadah
  6. Nyanyian lagu Tema antidadah
  7. Gimik antidadah
Semoga usaha yang dilaksanakan memberi impak kepada para pelajar agar menjauhi dadah. Kita seharusnya bimbang dengan perkembangan semasa di mana dadah begitu mudah menjerat pelajar. Hingga kini sukar menyatakan bahawa Sekolah Bebas Dadah kerana masih kedapatan segelintir pelajar pernah mencuba dadah. Usaha yang lebih giat amat perlu bagi memastikan para pelajar mempunyai kekuatan untuk menghalangi dadah daripada menjerat pelajar. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...