Rabu, 29 Disember 2010

Program Nafas Segar/Antimerokok Daerah Maran 2010 di SMK Cedung Jaya

Para pelajar berminat dengan bahan pameran.


Sudut Pameran Anti Rokok






Pelajar memberi tumpuan sepenuhnya terhadap ceramah yang disampaikan


Soalselidik, pameran dan soal jawab para pelajar dengan pegawai kesihatan.

Seorang pelajar mencuba alat ujian penafasan anti rokok.

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 2 November 2010. Dihadiri seramai 200 orang pelajar memberi kesan mendalam kepada para pelajar.

Program Nafas Segar/ Antirokok Daerah Maran di SMK Jengka 10

Gimik 'Rokok Gergasi'


Program Nafas Segar/Antirokok yang dijalankan di SMK Jengka 10. Program ini telah dijalankan pada 3 November 2010.

Selasa, 14 Disember 2010

Gejala sosial di kalangan remaja. Agama menjadi sandaran penting

SABAN waktu kita disodorkan dengan segala macam masalah gejala sosial di kalangan remaja. Ramai yang berasa cemas kerana kesan yang ditinggalkan bagaikan suatu kerosakan yang agak sukar untuk dibaik pulih. Tidak sedikit yang merasa rimas apabila mengikuti perkembangan yang kita lalui, iaitu apabila semakin banyaknya gejala sosial mewarnai pola kehidupan bermasyarakat.
     Serasa kita sudah muak dengan isu seks rambang, penagihan dadah, pembuangan anak, dan sebagainya yang memberi ‘isyarat’ bahawa gejala sedemikian ini bukanlah hal yang ringan dan merupakan sampiran semata-mata. Ia perlu kepada penelitian dan kepekaan bersama kenapa ia berlaku dan siapakah pelakunya.
     Pada waktu yang sama kita juga sudah berdepan dengan isu-isu yang semakin mencabar kehidupan seharian kita. Maka, adalah wajar semua pihak melihat isu sedemikian sebagai tanggungjawab bersama yang memerlukan kita untuk berperanan lebih proaktif. Keadaan ini juga tidak membolehkan kita untuk duduk diam membiarkan ia berlaku begitu sahaja. Kepelbagaiannya semakin sehari seakan memaksa kita untuk lebih bertegas berdepan dengannya. Adakalanya perubahan sosial yang berlaku ini menjadikan kita lebih peka terhadap peranan dan tanggungjawab yang patut kita tunaikan.
       Justeru, ketegasan ini bukan setakat menyuarakan kita tidak suka ia berlaku akan tetapi mencari jalan untuk dijadikan sebagai ‘option’ yang menukar hal sedemikian kepada yang lebih produktif dan bermanfaat. Sebagai sebuah negara dan masyarakat yang kuat berpegang teguh terhadap ajaran dan kehidupan beragama, kita tidak mahu akibat daripada perubahan sosial ini akan merubah sikap dan perangai yang akan menghasilkan perkara negatif. Natijahnya, mungkin akan meninggalkan kesan perubahan sosial yang bercelaru di antara kebaikan dengan kejahatan yang tercipta daripada perubahan sosial yang diwujudkan itu. Banyak contoh yang jelas betapa rapuhnya perubahan sosial itu jika ia tidak disandarkan kepada keluhuran akhlak dan keindahan budi.
      Kedua-dua aspek saling berkait kerana ia melahirkan ‘standard’ diri yang berkualiti tinggi. Tidak hairanlah jika kita melihat pencapaian seseorang yang tidak bersandar sepenuhnya kepada perubahan sosial, lebih banyak yang mampu berdepan dan menangani pelbagai cabaran serta masalah yang datang dengan jayanya. Kita sebenarnya tidak dapat lari daripada keadaan ini, akan tetapi bagaimana cara kita mengemudikannya, menyebabkan kita tidak mudah karam dengannya. Kes-kes sosial yang ditimbulkan juga sudah semakin terjelma dalam bentuknya yang tersendiri, yang ada kalanya amat sadis dan mengerikan. Paling ketara apabila pergaulan bebas semakin menjadi budaya yang sudah meresap di kalangan generasi muda kita.
     Kebebasan yang ditimbulkan daripada fenomena sedemikian, tidak dapat tidak menimbulkan kesan perubahan masyarakat yang sedia ada. ‘Virus’ yang dihasilkan daripada pergaulan ini bukan merupakan masalah ringan yang tidak perlu dihiraukan.
     Meskipun skala fenomena sosial yang kita timbulkan mungkin masih berada satu tahap keterlanjuran, namun jika ia tidak dibendung dengan berkesan, ia mungkin berubah menjadi kebiasaan yang akan mengheret kita kepada cara kehidupan sosial yang tidak sihat. Oleh hal yang demikian itu setiap anggota masyarakat termasuk remaja sendiri perlu memainkan peranan dalam membentuk cara dan corak pergaulan yang baik dan cemerlang, berteraskan ajaran agama yang kukuh.
     Remaja atau belia yang ingin mengekalkan pergaulan terpuji di kalangan rakan-rakan mereka mestilah mempunyai dan mengamalkan sifat-sifat yang juga terpuji seperti berakhlak mulia, beradab ketika berbicara, sering memberi salam, jujur, memelihara amanat, sabar, toleransi dan seumpamanya hingga kepada azam menanam rasa memuliakan teman atau rakan yang baik pada isetiap pertemuan. Pergaulan juga harus dijaga daripada perkataan yang sia-sia, kotor dan perkara-perkara yang merupakan ‘kerugian’ bagi setiap individu Muslim. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bukanlah seorang Mukmin yang sempurna, yang suka mencela dan melaknati, berperangai jahat dan berakhlak rendah."
      Bagi remaja yang sudah terpesong hendaklah kita sedar bahawa kitaa sepatutnya mengamalkan nilai-nilai murni yang baik dalam pergaulan serta mencari arah dan tujuan hidup yang asal serta mencipta kebaikan dan kecemerlangan diri. Tidak bererti keterlanjuran diri yang telah berlalu merupakan sempadan yang tidak dapat diubah ke arah yang lebih baik dan sempurna. Justeru, pergaulan yang dicari ialah pergaulan yang baik, beretika, dan sentiasa ingat kepada ajaran-ajaran beragama serta menghala tuju ke arah kualiti hidup yang berguna. Lihatlah kepada resmi ikan, meskipun berenang di lautan masin, namun ikannya tetap tawar dan sedap dimakan.
     Maknanya, meskipun pelbagai perubahan sosial yang berlaku di sekeliling kita, pengaruhnya tidak semudah itu meresap ke dalam diri kita, namun yang baik tetap menjadi pilihan dan keutamaan kita. Untuk mempertahankan kebaikan yang kita sedia miliki inilah kita perlu kepada ketahanan diri. Ketahanan diri yang dimaksudkan ini memerlukan kepada bekalan yang kukuh dan mantap. Dalam konteks ini, apa yang lebih mujarab untuk menjadi benteng yang menjadi senjata mengawal diri ialah memperteguh keimanan dan kekuatan beragama.
      Tiada apa-apa yang akan dapat membantu dalam mengawal diri kita ini, jika kita kosong dengan bekalan keimanan dan ketakwaan yang mendalam. Kita perlu dan tidak boleh mengabaikan bahawa perhiasan yang paling indah ialah keimanan dan ketakwaan yang mendalam kepada Allah s.w.t. Jika hakikat kita abaikan, maka mudahlah segala ancaman dan gejala sosial menebusi pertahanan diri kita. Jika pertahanan diri kita sudah dibolosi, tidak dapat tidak akan berlakulah satu keadaan di mana gejala sosial yang tidak kita ingini akan mula mewarnai dan menghiasi kehidupan kita (remaja). Inilah yang akan menjadi isu kehidupan yang bukan sahaja akan melibatkan banyak perkara, malahan ia juga akan melibatkan tenaga dan usaha yang jika dialihkan ke arah yang lebih bermakna, akan lebih memberikan kesan dan manfaatnya.
     Inilah yang sedang kita lalui sekarang dan kita memerlukan bersiapan diri untuk berdepan dengan budaya yang sudah mula membauri kemurnian yang sedekian lama kita pupuk dan semai bersama. Kita perlu sedar dan menginsafi bahawa jika kita terus membiarkan keadaan ini berlaku, kita akan kehilangan nilai dan juga kemurnian jati diri bangsa. Justeru, semua pihak (lebih-lebih remaja sendiri) harus berperanan dan bertanggungjawab dalam mewujudkan ketahanan budaya dan nilai-nilai kehidupan beragama yang sedemikian lama kita genggam. Tidak ada ertinya lagi untuk kita sering menyalahkan antara satu dengan yang lain.
     Apa yang penting ialah mempertahankan nilai diri dan jati diri kita sebagai remaja atau belia. Justeru, kekuatan beragamalah yang menjadi kepentingan, yang tidak boleh dipandang ringan.

Petikan daripada YADIM

Benarkah?

Di bawah adalah fakta-fakta yang menarik tentang penyalahgunaan dadah di Malaysia dan Methadone:

  • Terdapat perubahan dalam paten penyalahgunaan dadah di Malaysia yang ketara kebelakangan ini.
  • Terdapat 300, 000-00 jumlah penagih yang berdaftar tetapi jumlah sebenar mungkin menghampiri 1.2 juta orang.
  • 1 orang bagi setiap 25 orang Malaysia adalah penagih dadah bersamaan dengan 4% rakyat Malaysia, berbanding 1 nisbah 30000 atau 0.03% rakyat Amerika Syarikat!
  • 91% penagih mempunyai pendapatan tetap dan sebahagian mereka mempunyai pendapatan yang lumayan didalam industri hiburan dan pemakanan.
  • Remaja di antara 13 hingga 15 tahun mula mencuba dadah kali pertama.
  • 71% penagih adalah berumur di antara 19-39 tahun.
  • Penagih tegar membelanjakan RM100-00 sehari, purata yang lain membelanjakan RM30-00 sehari dan jumlah perbelanjaan mereka bersamaan dengan RM1 bilion setahun!!
  • 40% daripada penagih adalah peragut, pencuri dan penjenayah kecil-kecilan.
  • Heroin dan amphetamine adalah paling popular.
(sumber maklumat daripada Lee Lam Thye, Malaysian Crime Prevention Foundation: 2/10/2007)

AIDS (English Version) - How is HIV transmitted?

HIV/AIDS Basic


How is HIV transmitted?

The three main modes of HIV transmission are:

» Through unprotected anal, oral or vaginal sex with an infected partner

» Through sharing needles or injecting material with an infected person

» From mother to child during pregnancy, birth or breastfeeding

HIV is not infectious through tears, saliva, and sweat.



How do I know if I have HIV/AIDS?

The only way to know if you have HIV/AIDS is to take a HIV Antibody Test, which is painless. Anonymous and confidential HIV Antibody Tests are available for free at government hospitals and clinics, and can also be done at private clinics. Results of the HIV Antibody Test are available in less than two weeks, and some tests can produce results in less than 10 minutes.

For enquiries on anonymous and confidential testing, please call Malaysian AIDS Council at 03-4045 1033.

I have tested positive for HIV, what do I do now?

If you have recently been told that you are HIV+, you may feel scared and confused. Dealing with a positive diagnosis of HIV/AIDS is never easy and you do not have to go through this alone. There are many organsations across Malaysia that provide support and offer free confidential counselling. For details of these organisations, please refer to our map outlining Where We Work.

Treatment is also widely available in Malaysia and HIV+ people can expect to live full and active lives for many years.

Sinar mangsa HIV, AIDS

Ikuti kisah anak-anak mangsa HIV/AIDS. Sila KLIK Harian Metro

Lagi Kisah HIV/AIDS (sila KLIK)
        

Khamis, 9 Disember 2010

Tahniah buat Unit PPDa Jabatan Pelajaran Pahang

Tahniah diatas kepimpinan En Abdullah Sani bin Abd Rahman yang telah berjaya membawa Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) JPNP dianugerahkan Johan Sistem Star Rating (SSR) dan Anugerah Inovasi - Sistem MP2U (Manual Soal Selidik Potensi Murid) bersempena Hari Inovasi dan Kualiti JPN Pahang baru-baru ini. Semua rakan PPDa mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan ini. Semoga ianya menyuntik semangat buat semua PKD dan guru-guru PPDa di semua sekolah.

Sabtu, 4 Disember 2010

Pencegahan Bermula Dari Rumah

Seminar Kenali Anak Kita

Program ajuran PENGASIH bersama Petronas ini telah dijalankan di Dewan Daerah Temerloh, pada hari Sabtu, 4 Disember 2010. Jabatan Pelajaran Pahang bersama PPD Temerloh juga terlibat dalam urusetia program. Seminar ini telah dihadiri oleh para penjawat awam, Pengetua, Guru Besar, guru-guru, PIBG, agensi dan jabatan. Turut sama dalam program ini ialah artis Jamal Abdillah.
   Antara matlamat penganjuran ini ialah memberi pendedahan terhadap peranan ibu bapa kepada perkembangan anak-anak agar tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...