Isnin, 22 April 2013

LAWATAN PENANDA ARAS BILIK SUMBER PPDa KUALA KEDAH

Langkawi 22 Mac, - Seramai 40 orang wakil dari JPN Pahang Unit PPDa telah membuat lawatan penanda aras ke bilik sumber PPDa di SK Haji Ismail Kuala Kedah dan SMK ayer Hangat Langkawi. Lawatan tersebut adalah selama 4 hari 3 malam melibatkan Ketua Unit PPDa JPNP , En Abdullah Sani, Pen Pengarah Unit PPDa En Wan Muhammad Azan , dan Penolong Ketua Unit PPDa En Sabaruddin. Ini termasuk sebelas PKD PPDa setiap daerah bersama Ketua Unit SPK Daerah seramai tiga orang. Turut serta juga guru penyelaras cemerlang PPDa yang telah menang pertandingan bilik sumber dan sudut/lorong sumber PPDa 2013 peringkat negeri. Lawatan ini bertujuan untuk melihat dengan lebih jauh lagi hasil bilik dan sudut sumber ini dibuat. Selain dari habuan atau hadiah bagi guru penyelaras sekolah yang menang , ianya juga untuk mengeratkan lagi ikatan jalinan dan jaringan atara dua negeri serta bertukar-tukar pandangan serta pendapat.

Selain itu juga, perkongsian idea dan pengalaman diantara guru-guru penyelaras yang telah menang di  peringkat kebangsaan juga dilakukan bagi menjadi perangsang sekolah yang lain. Mendengar ulasan dari Ketua Unit PPDa En Abdullah Sani, beliau mengharapkan suatu masa nanti setiap sekolah akan ada bilik "one stop centre" bagi mencapai visi dan juga misi PPDa serta dengan program yang diadakan di semua peringkat akan membantu generasi di masa akan datang. Tahniah diucapkan kepada sekolah yang menang dalam pertandingan pringkat negeri 2013 baru-baru ini, dan diharapkan sekolah lain akan terus memperkasakan dan memperhebatkan lagi bilik atau sudut sumber ppda.

 Lawatan ke SK Haji Ismail Bilik Sumber PPDa 

 Bilik Sumber bagi kategori sekolah rendah 

 En Abdullah Sani menyampaikan fokus strategi kepada peserta 

 Penyampaian cenderahati kepada Pengetua SMK Ayer Hangat 

 Bilik Sumber kategori sekolah menengah

 Salah satu sudut kreatif  bilik sumber 


Pengawas PPDa SMK Ayer Hangat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...