Selasa, 22 November 2011

Dadah oh Dadah..!

Lihatlah akhbar dan berita, setiap hari semakin banyak berita-berita tentang penyeludupan dadah, 'Keldai Dadah', tangkapan dan rampasan dadah. Berjuta-juta hasil tangkapan. Dadah pula pelbagai jenis malah bergudang dadah diperolehi.
     Jangan ditanya apa yang pihak berkuasa telah, sedang dan akan lakukan. Mereka sudah terlalu banyak berkorban untuk negara. Tanyalah pada diri kita, apakah peranan dan tanggung jawab kita ? Apakah kita berjaya menjauhkan anasir dadah ini dari tubuh badan kita, keluarga kita dan masyarakat kita? Tanyalah pada diri, cukupkah sekadar kita mendengar berita, tetapi tiada berbuat apa-apa? Jika dadah musuh nombor 1 negara, adakah benar kita bersungguh menentangnya?

Lihatlah paparan akhbar ini.

Sindiket pengedaran dadah Iran guna Pelabuhan Klang

2011/11/21


KUALA LUMPUR: Selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sindiket pengedaran dadah antarabangsa warga Iran kini dikesan menggunakan Pelabuhan Klang sebagai pintu masuk utama bekalan dadah ke negara ini.

Taktik itu terbongkar selepas polis menahan lapan suspek dalam dua serbuan berasingan di Jalan Kampung Pandan dan sebuah rumah di Taman D’ Alpina, Puchong, masing-masing pada 11 dan 19 November lalu. Turut dirampas 124.9 kilogram syabu atau methaphetamine tulen bernilai RM27 juta, dipercayai untuk pasaran tempatan dan negara serantau. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata sindiket Iran kini tidak lagi menyeludup dadah secara kecil-kecilan melalui KLIA, sebaliknya dalam skala besar berikutan permintaan tinggi di rantau ini.

“Semua syabu yang siap diproses ini diseludup masuk melalui Pelabuhan Klang menggunakan kontena. Pemeriksaan menemui syabu itu disembunyikan dalam ruang rahsia di bahagian bawah kotak yang diisytiharkan mengandungi barangan hiasan rumah, termasuk pasu hiasan, bingkai kaca dan lampu hiasan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Turut dirampas wang tunai RM137,400 dipercayai digunakan untuk urus niaga dadah berkenaan, selain beberapa kenderaan mewah milik sindiket termasuk MG Rover, Toyota Lexus, BMW dan Mercedes Benz.
Noor Rashid berkata, rampasan itu yang terbesar dicatatkan polis setakat ini, terutama dari segi kuantiti dan nilai dadah, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa Malaysia kini semakin aktif digunakan sebagai transit sindiket dadah antarabangsa.


“Hasil semakan mendapati kesemua suspek memasuki negara ini secara sah menggunakan pas lawatan sosial dengan menyatakan diri mereka sebagai ahli perniagaan,” katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...