Selasa, 25 Oktober 2011

Tahniah dan Syabas SMK Tengku Ampuan Afzan, Chenor

Para penilaian sedang meneliti dan bersoaljawab berkaitan PPDa

Replika Kubur di Lorong PPDa SMKTAAC

PPDa Maran mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua warga SMK Tengku Ampuan Afzan, Chenor termasuklah komuniti setempat yang telah berjaya mengadakan Hari Terbuka PPDa SMKTAAC bersempena Lawatan Penilaian Lorong PPDa Kebangsaan 2011 pada 19 Oktober 2011 baru-baru ini. Usaha bersepadu, membuahkan hasil yang baik. Walaupun belum dipastikan kedudukan 'Ranking' penilaian, namun usaha sepakat antara guru, pelajar, PIBG, balai Polis Chenor, Tok Penghulu dan agensi terlibat seperti AADK, Kesihatan, PDRM dan DIC, menampakkan kekuatan PPDa di SMKTAAC.
     Sebagai sebuah sekolah yang terletak di kawasan perkampungan tradisional, kehebatannya tetap setaraf dengan sekolah di tengah kota. Apa yang telah dilaksanakan di sekolah, telah membuka mata banyak pihak tentang pentingnya penglibatan semua komuniti dalam menangani masalah sosial pelajar terutamanya yang berkaitan dengan dadah, rokok, inhalan, dan seks bebas. Lorong PPDa SMKTAAC telah berjaya membawa aspirasi warga sekolah dalam menentang dadah secara habis-habisan. Kesungguhan Pengetua, guru-guru, warga kerja dan pelajar telah menyuntik satu semangat perjuangan malah usaha ini dapat membuka mata banyak pihak.
     Ketibaan para penilai Lorong Sumber PPDa daripada KPM telah disambut oleh Pengetua, guru-guru, pelajar, PIBG, Ketua Balai Polis Chenor, wakil AADK, Pengetua SM Teknik Pertanian, dan keseluruhan warga sekolah. Mereka diiringi dengan paluan kompang dan seterusnya menerima tabik hormat dan kawad kaki Anti dadah dari Unit Uniform SMKTAAC. Seterusnya ucapan aluan Pengetua dan diikuti persembahan Seni Silat oleh para pelajar. Seterusnya upacara Gimik telah diadakan dengan pelepasan banting PPDa oleh ketua penilai. Majlis diserikan lagi dengan upacara pelepasan burung pipit sebagai simbolik kepada kebebasan daripada najis dadah. Seterusnya adalah lawatan ke Lorong Sumber PPDa dan yang pastinya penilaian terakhir daripada para juri.

Para pelajar di Kelas Pendidikan Khas
     Satu perkara yang agak menyentuh kalbu, apabila para juri telah dibawa ke Kiosk PPDa di Kelas Pendidikan Khas. Para pelajar Pendidikan Khas juga tidak dipinggirkan dengan PPDa. Satu Kiosk PPDa telah diletakkan di kelas mereka dan dapat memberi maklumat berguna kepada mereka.
Kiosk PPDa di Kelas Pendidikan Khas

     Kiosk PPDa juga terdapat di Pusat Sumber sekolah. Ini bagi memastikan PPDa memberi input keilmuan dan sebagai satu bentuk pengetahuan kepada seluruh komuniti sekolah. Selain itu, SMKTAAC juga berbangga dengan adanya Program Duta PPDa iaitu pelajar terlibat membuet hebahan dan penerangan di sekolah-sekolah berhampiran dan juga di Pasar Malam atau 'Pekan sehari'.
     Usaha telah dilaksanakan. Kalah menang bukan keutamaan. Namun kepuasan PPDa dapat membawa demensi baru kepada sekolah. SMKTAAC cemerlang apabila tiada seoarangpun pelajarnya dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah sejak program PPDa diperkenalkan. Malah dalam Ujian Urin 2011 awal tahun dulu, hanya 3 orang pelajarnya yang mengaku menghisap rokok. Tahniah dan syabas kepada pihak sekolah. Diharapkan usaha murni ini dapat membawa kejayaan dan kecemerlangan kepada semua yang terlibat.

2 ulasan:

  1. assalamualaikum dan selamat sejahtera tuan puan
    Sangat menarik,best sangat dan rasa macam nak gi tengok sendiri Lorong PPda SMKTAAC. Tahniah kepada smeua pihak yang terlibat. Teringat pepatah Melayu. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerna muafakat.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum.... saya yang dahulunya juga merupakan pelajar di situ, berbangga dengan sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Afzan Ini di atas kejayaannya mengadakan program seperti ini, ianya membantu memberikan impak yang besar kepada pelajar agar tidak menceburi bidang penagihan dadah ini.....

    BalasPadam

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...