Jumaat, 14 Januari 2011

JSJN pantau kes pelajar lalok

KUANTAN - Penyalahgunaan dadah sintetik dalam kalangan pelajar termasuk pelajar sekolah, institut pengajian tinggi awam dan swasta di negeri ini menunjukkan peningkatan agak membimbangkan apabila naik sebanyak 79 kes atau 83.2 peratus tahun lalu berbanding hanya 95 kes tahun 2009. 
          Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Yap Toon Khuan berkata, bagaimanapun kes yang dilaporkan membabitkan golongan itu hanya melibatkan penyalahgunaan dan memiliki dadah.
          Menurutnya, usaha membendung gejala itu menjadi sebahagian fokus utama Pelan Tindakan 2011 Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri.
          “Melalui pelan ini, JSJN akan mengadakan perbincangan secara lebih kerap dengan pihak bertanggungjawab termasuk Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), institut pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) serta pihak sekolah.
          “Melalui perbincangan secara bersama, kita dapat mengenal pasti masalah dan punya sebenar segelintir pelajar boleh terjebak dalam gejala merosakkan ini,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam. Beliau berkata, pihaknya juga akan memastikan peranan lebih berkesan Pegawai Perhubungan Narkotik Sekolah yang dilantik.
           Sementara itu, Toon Khuan juga berkata, pihaknya akan turut padang ke peringkat akar umbi menemui pemimpin setempat untuk berbincang tindakan bersama membendung gejala menghidu gam dalam kalangan pelajar dan remaja. Menurutnya, setakat ini tiada sebarang tindakan dapat diambil ke atas penagih gam.
          “Bagaimanapun pihak polis memandang serius gejala ini dan langkah membendungnya perlu dilakukan segera dengan kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa, ketua kampung, Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung (JKKK), wakil rakyat dan pemimpin setempat,” katanya.
          Beliau berkata, setakat ini pihaknya hanya bertindak menghubungi keluarga pelajar atau remaja yang ditahan kerana menghidu gam bagi memaklumkan tentang kegiatan anak masing-masing.


Sememangnya dadah sintetik mula menular dikalangan pelajar. Di Maran sendiri, kita melihat 'trend' terkini dadah mula beralih kepada dadah sintetik. Hidu gam masih juga menjadi masalah kita. Tidak hairan jika ada sesetengah tempat, botol-botol gam boleh dilihat di tepi-tepi padang bola atau rumah-rumah tinggal.
          PPDa amat mengharapkan kerjasama semua pihak dalam meyokong PDRM dalam mengatasi permasalahan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...