Ahad, 2 Januari 2011

2011, Gerak Gempur PPDa

2011 telah menjelma. Pendidikan Pencegahan Dadah akan berjalan dan dilaksanakan secara berterusan dan tersusun. Ini bagi memastikan Visi dan Misi PPDa terlaksana menjelang 2012. 1Malaysia Membanteras Dadah masih menjadi tema ‘Gerak Gempur PPDa ‘ pada tahun 2011 ini.

        Sekolah Bebas Dadah 2012 yang menjadi visi PPDa hanya tinggal satu tahun lagi. Apakah pencapaian kita? Apakah yang telah kita lakukan bagi memastikan visi dan misi ini tercapai? Sememamangnya sukar untuk dicapai jika tiada kerjasama daripada semua pihak. Baik pelajar, guru, sekolah , ibu bapa, kepimpinan dan masyarakat, semuanya harus menyumbangkan peranan dalam memastikan tiada lagi kes-kes dadah, positif urin dan anasir dadah memasuki sekolah dan meresapi pelajar.

        Kita melihat cabaran yang mendatang amat merunsingkan terutama apabila ‘trend operasi dadah’ mula melibatkan remaja. ‘Trend Dadah baru’ seperti Syabu, pil-pil kuda yang mula melibatkan remaja kini semakin berkembang. Namun begitu, berdasarkan data dan analisis yang telah dijalankan, kes-kes positif urin dan tangkapan polis melibatkan pelajar semakin berkurang. Di Pahang sendiri, beberapa daerah telah ‘ Sifar dadah’ iaitu tiada kes tangkapan atau positif urin sepanjang 2010.

        Daerah Maran sepanjang 2010 telah mencatat  11 kes positif urin (saringan) dan 1 positif Klinikal serta tiada tangkapan polis. Ini memperlihatkan peningkatan kes daripada 2 orang positif urin pada tahun 2009. Usaha yang gigih amat diperlukan dalam memastikan Maran bebas Dadah pada 2011.

        Usaha pendidikan dan pencegahan perlu digerakkan secara bersepadu dan menyeluruh ke semua sekolah. Program-program PPDa perlu diberi perhatian utama oleh pihak sekolah di samping akademik. Kempen dan ceramah anti dadah kepada golongan sasaran perlu diperhebatkan. Masalah penagihan rokok juga perlu diberi perhatian yang serius. Soal-selidik yang telah dijalankan oleh unit PPDa mendapati rokok merupakan kes tertinggi di Maran. Oleh yang demikian, pihak sekolah, PIBG dan masyarakat perlu memandang masalah ini dengan lebih serius. Kempen antirokok dan Nafas Segar hendaklah dilaksanakan dengan lebih berkesan lagi. Keakuran kepada Pekeliling dan Peraturan perlu bagi memastikan masalah ini dapat diatasi. Kawasan Sekolah, Kawasan Larangan Merokok hendaklah dipatuhi oleh semua pihak.
      
      Yang pastinya, Dadah masih MUSUH NOMBOR 1 NEGARA. Semua pihak perlu berusaha bagi memastikan sekolah, pelajar, keluarga dan masyarakat kita bebas daripada DADAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...