Selasa, 11 Januari 2011

149 Wanita Malaysia ditahan "Keldai Dadah"

SEJAK 1991, seramai 1,560 rakyat Malaysia ditahan di luar negara, termasuk 315 orang ditahan pada tahun 2010 kerana pelbagai kesalahan.
Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay berkata, 785 daripada mereka termasuk 149 wanita didakwa terbabit dengan penyeludupan dadah dengan dijadikan ‘keldai dadah’.
“Kerajaan memandang serius terhadap masalah rakyat negara ini yang dijadikan ‘keldai dadah’ dan Kementerian Luar menjalankan pelbagai kempen kesedaran secara berterusan menerusi media massa dengan kerjasama agensi berkaitan, misalnya saya sendiri mengambil bahagian dalam dialog di RTM (Radio Televisyen Malaysia) untuk memberi peringatan mengenai perkara itu.
“Kementerian turut bekerjasama dengan Pemadam (Persatuan Mencegah Dadah Malaysia), polis, Kementerian Pengajian Tinggi dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk merangka program kesedaran,” katanya.


                    
Apakah kita mahu melihat lebih ramai anak-anak gadis dan remaja kita yang terjerat kerana dadah? Pendidikan yang diberi selama ini oleh ibu bapa , guru dan sekolah seolah-olah sia-sia belaka. Kita tidak mahu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) hanya menjurus atau berfokus kepada pelajar lelaki bermasalah sahaja. Semua pihak termasuk pelajar-pelajar perempuan seharusnya didedahkan dengan lebih serius akan bahaya dadah ini.
     Pihak sekolah juga tidak perlu melihat Program PPDa hanya program sampingan sekolah. Usaha lebih serius dan menyeluruh amat perlu dalam memastikan para pelajar mempunyai kekuatan dalam menangani permasalahan dadah.
    Selain pelajar perempuan, fokus juga perlu diberi kepada semua guru agar terlibat secara langsung dalam program PPDa dan bukan menjadikan PPDa seperti program 'persatuan'. Kita harus juga merasa bimbang dengan fenomena dewasa ini di mana ada kalangan guru juga terlibat dengan gejala dadah. Jika tidakpun, ramai cikgu lelaki yang menjadi 'perokok tegar'. Sekira ini berlaku (guru terlibat dengan dadah atau rokok), maka objektif dan matlamat PPDa tidak akan tercapai.
     Usaha semua pihak harus seiring dan lebih mantap dalam menghadapi permasalahan dadah dewasa ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...