Sabtu, 27 November 2010

Mencipta Blog untuk dokumentasi

Alhamdulillah Blog PPDa Maran sentiasa digunakan sebagai bahan rujukan oleh orang ramai. PPDA Maran juga telah membantu semua Daerah di Negeri Pahang untuk mencipta Blog PPDa Daerah masing-masing. Kursus pembinaan blog PPDa telah diadakan di PPD Jerantut pada 7 Oktober yang lalu. Sekarang Pahang merupakan antara negeri yang mempunyai Blog PPDa.
     Kita juga mengharapkan sekolah-sekolah di semua daerah di Pahang untuk mengadakan laman web atau blog yang menjadi satu bentuk pelaporan PPDa. Insyaallah, pada tahun depan, PPD Maran akan usahakan kursus pembinaan blog PPDa setiap sekolah. Perlu diingat, dalam instrumen penilaian PPDa juga ada markah yang melibatkan pembinaan blog/web. Setidak-tidaknya Buletin harus diwujudkan sebagai satu bentuk pelaporan dan pendokumentasian. Ini selaras dengan dasar inovasi yang dikehendaki oleh pihak jabatan.
    Ianya juga perlu dilihat sebagai satu bentuk peningkatan kualiti pengurusan PPDa. Diharapkan usaha ini mendapat sokongan semua pihak sama ada guru dan pelajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...