Selasa, 2 November 2010

Majlis Jasamu dikenang Bersama Dato' Zulkifli Wazir

Satu majlis Jasamu Dikenang bersempena persaraan  Y. Bhg Dato', Haji Zulkifli Mohd Wazir, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia di Tiara Beach Resort Port Dickson, Negeri Sembilan. pada  18 Oktober 2010.  Majlis Persaraan anjuran Unit PPDa, KPM ini adalah majlis pertama beliau sempena persaraan pada 21 November 2010.
     Semua Pegawai Khas Dadah (PKD) seluruh negeri berkesempatan bertemu dan mengucapkan salam perpisahan dengan Y.Bhg Dato'. Persaraan Y.Bhg Dato' Zulkifli merupakan satu kehilangan besar buat semua warga pendidikan. Jasa dan pengorbanan beliau sentiasa dikenang. Kenangan bersama beliau juga sentiasa menjadi saat manis dan tetap dikenang.
    Mengorak langkah sebagai guru, beliau pernah mengajar dibeberapa buah sekolah terutama di Negeri Pahang. Beliau pernah menjadi Pengetua di SMK Chini, Pekan, SMK Ahmad, Pekan, dan SMK Lepar Hilir, Kuantan. Seterusnya beliau pernah menjawat jawatan Pegawai Pelajaran Daerah Maran dan PPD Pekan. Beliau seterusnya telah berkhidmat di KPM di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan banyak menyumbangkan jasa baktinya kepada seluruh KPM dan pendidikan.
     Corak pengurusan beliau yang analisis, tegas dan cemerlang menjadikan pengurusan yang dinamik dan cemerlang. Beliau merupakan perintis kepada program ' Pelajarku Sayang' dan Belajarlah Sayang'. Bagi pihak PKD dan PPDa seluruh negara, mengucapkan selamat bersara dan terus cemerlang dalam apa jua yang diusahakan.
Menerima cenderahati daripada Ketua Unit PPDa Pahang, En Abdullah Sani


PKD Maran bersalaman dengan Dato'


PKD Pekan


PKD Bentong


Gambar Kenangan Dato' Zulkifli Wazir bersama PPDa Pahang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...