Khamis, 12 Ogos 2010

Pertandingan Sudut Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Sekolah-sekolah Berasrama Negeri Pahang Tahun 2010

Program ini bagi memastikan semua sekolah berasrama mewujudkan Sudut PPDa sebagai sumber maklumat pendidikan pencegahan dadah dalam kalangan pelajar asrama selaras dengan visi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu ke arah "Sekolah Bebas Dadah 2012".
     Sehubungan dengan itu, jawatankuasa penganjur telah menetapkan bahawa dua kategori yang akan dipertandingkan iaitu :
  1. Kategori Sudut PPDa Sekolah Menengah Berasrama
  2. Kategori Sudut PPDa Sekolah Rendah Berasrama
Pertandingan di Peringkat Daerah ialah mulai September 2010 ini. Setelah itu, penilaian di Peringkat Negeri oleh Unit PPDa dan HEM Jabatan Pelajaran Pahang. Penyampaian Anugerah akan diadakan sempena Program Pelancaran Hari Antidadah Kebangsaan Peringkat Negeri Pahang Tahun 2011 nanti. Semua sekolah berasrama Daerah Maran diharap dapat membuat persediaan dan kita berharap juga Daerah Maran mampu muncul yang Sekolah Berasrama Terbaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...