Rabu, 21 Julai 2010

SANA-SINI DADAH : Kedai Keranda Dadah

KLANG: Melihat dari luar, ia hanyalah sebuah kedai biasa yang menjual keranda, namun siapa sangka di sebalik operasi itu, pemilik kedai terbabit dikatakan ligat mengedar dadah kepada penagih tegar di sekitar daerah ini.


Pemilik kedai keranda yang terletak di Jalan Yusof Sahbuddin, Taman Sentosa, di sini, dipercayai melakukan kerja jahat itu sejak beberapa minggu lalu sebelum berjaya dihidu sepasukan polis dari cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang.

Sejurus menerima maklumat, sepasukan polis bergegas ke kedai keranda terbabit kira-kira jam 2.30 pagi, Jumaat lalu, sebelum menahan pemilik kedai terbabit berusia 38 tahun dan seorang lelaki berusia 44 tahun.

Pemeriksaan di dalam premis terbabit membawa kepada penemuan 6.39 kilogram ganja bernilai RM21,000 berdasarkan harga di pasaran gelap.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata semua ketulan mampat daun ganja itu disorok di merata tempat termasuk dalam bilik pejabat dan beberapa kawasan sekitar premis terbabit.

“Hasil soal siasat ke atas kedua-dua suspek, mereka mendakwa memperoleh bekalan dari negara jiran dan baru beberapa minggu bergiat aktif mengedar dadah,” katanya.
 
Sumber : Harian Metro 20/7/2010
 "Sekolah Bebas Dadah 2012"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...