Ahad, 6 Jun 2010

"port' Syabu diserbu

SEREMBAN: Perbuatan haram tiga wanita warga Vietnam dan dua lelaki tempatan menjadikan sebuah rumah di Taman Permai 3, di sini, sebagai ‘port’ menghisap syabu terbongkar apabila diserbu pihak berkuasa, awal pagi Selasa lalu.


RAMPAS...antara barangan yang ditemui dalam kediaman penjenayah. Ketua JSJN negeri, Superintendan R Ravichandran berkata, semua suspek berusia 19 hingga 38 tahun itu ditahan dalam ‘Ops Tapis’ yang dijalankan di sekitar bandar ini.


“Hasil ujian air kencing mendapati kelima-lima suspek berkenaan positif dadah jenis syabu dan ditahan untuk tindakan lanjut.


“Siasatan awal turut mendapati ketiga-tiga wanita warga asing berkenaan tinggal bersama dua lelaki iaitu warga tempatan.


“Seorang daripada lelaki berkenaan yang berusia 24 tahun bekerja sebagai pelayan restoran, manakala seorang lagi suspek adalah pelindung semua wanita asing terbabit,’’ katanya di sini, semalam.


Katanya, semua suspek ditahan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.


Sementara itu, dalam serbuan berasingan pada hari sama, katanya, seorang lelaki berusia 24 tahun disyaki pengedar dadah ditahan di sebuah rumah di Taman Harapan Baru, di sini.


“Kita (polis) menemui 12 peket serbuk putih dipercayai dadah jenis syabu seberat 31.6 gram yang dianggarkan bernilai lebih RM10,000 mengikut harga pasaran.


“Lelaki berkenaan ditahan bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 39 A (2) ADB 1952," katanya.



"Sekolah Bebas Dadah 2012"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...