Selasa, 29 Jun 2010

Isu 1 : Bolehkah Sekolah menjadi kawasan yang bebas rokok?

Sekolah sebagai 'kawasan larangan  merokok' sudah diwartakan sejak dulu lagi. Sayangnya, ia kadang-kadang tidak diambil perhatian oleh banyak pihak. Pekeliling tentang sekolah kawasan larangan merokok sudah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.Namun begitu masalah rokok di sekolah masih belum dapat diatasi sepenuhnya.
        Kegiatan merokok di kalangan pelajar sekolah dewasa ini kian membimbangkan. Kempen yang dijalankan oleh PPDa seperti tiada memberi kesan dan kesedaran buat mereka. Apa yang lebih membimbangkan apabila kegiatan merokok pelajar sudah bermula dari sekolah rendah lagi. Pelajar wanita yang merokok juga  dilihat semakin berkembang. Pihak sekolah juga berdepan dengan masalah disiplin pelajar yang semakin meruncing termasuk pelajar merokok.
        Pelbagai faktor yang menyebabkan gagalnya kempen sekolah kawasan bebas rokok. Antaranya ialah;
  1. Kurangnya ketegasan dan tindakan pihak sekolah ke atas perlaksanaan 'Sekolah Kawasan LaranganMerokok'.
  2. Terdapat segelintir guru, kakitangan dan para pelanggan sekolah yang tidak mematuhi larangan merokok di kawasan sekolah. 
  3. Budaya merokok sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat termasuklah di kalangan guru..
  4. KKM masih tidak melaksanakan ketegasan dalam kompaun terhadap sekolah, guru dan orang ramai mengikut Pekeliling Kesihatan Awam bil 1/1997.
  5. Menganggap rokok bukan masalah besar.
  6. Papan Tanda amaran 'Sekolah kawasan larangan merokok' tidak digeruni dan tidak diberi perhatian.
  7. Pelajar terdedah dengan bahaya rokok di sekolah dan di luar sekolah terutama di rumah.
  8. Pelajar mudah belajar dari pelakuan orang yang merokok. Mereka mula mencuba dan akhirnya rokok sudah tidak dapat dipisahkan dengan pelajar.
  9. Guru sebagai model, tetapi kekadang model yang merosakkan jika dia juga perokok tegar.
  10. Kempen Anti rokok atau Nafas Segar kurang berkesan dan menginsafkan. Bukan kegagalan isi programnya tetapi kesedaran dari masyarakat kita termasuklah guru.
         Hampir 70 % pelajar yang telah disoal selidik pada tahun ini di daerah Maran (seramai 374 oarang pelajar disoalselidik), merupakan perokok dan ada kalangan mereka ini sudah menjadi perokok tegar. Kita bimbang jika kecenderungan ini berterusan, maka usaha kita selama ini menemui kegagalan. Kita mengharapkan pihak pentadbiran sekolah terutama Guru Besar dan Pengetua, memberi ketegasan mereka dalam perkara ini. Pembasmian diperingkat awal, akan memberi kesan kepada para pelajar.
"Sekolah Bebas Dadah 2012"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...