Khamis, 29 April 2010

Program PPDa bersama Belia dan AADK di Felda Kg New Zealand (Belia Tanpa Dadah)

Program PPda cuba di perluaskan di peringkat masyarakat terutama masyarakat FELDA. Ini dapat dilihat apabila kita telah bergabung dengan Persatuan Belia Kg New Zealand dan AADK Daerah Maran. Program berbentuk karnival ini bertujuan memberi pendedahan kepada golongan remaja belia dan masyrakat kampung tentang bahaya dadah. Program sehari itu telah memberi peluang kepada masyarakat mengetahui dengan lebih dekat bahaya najis dadah.
Antara aktiviti:
  1. Pameran Anti Dadah (oleh AADK)
  2. Taklimat Dadah dan Remaja oleh Pegawai Khas PPDa Daerah Maran (En Mohd Jasmi)
  3. Taklimat Bahaya Dadah oleh Pegawai dari AADK Daerah Maran
  4. Keahlian Rakan Anti Dadah (RADA) dan penyerahan boang keahlian.
  5. Sukan Rakyat ; dam haji, carrom, congkak, petanque.
  6. Pertandingan memasak ayam kampung
  7. Teka biji labu
  8. Majlis Penutupan dan penyampaian hadiah.
Program ini berjaya mendapat sambutan daripada masyarakat kampung dan seramai 45 orang RADA diterima.


Pengurus Rancangan juga berminat dengan pameran
Pameran AADK
Hadiah menarik menanti (teka biji labu)
Congkak



Lagi gambar-gambar menarik akan dimuatkan pada masa akan datang

"Sekolah Bebas Dadah 2012"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOLEKSI LALUAN PPDa PERINGKAT NEGERI 2014

SEKOLAH SK RTP BUKIT GOH KATEGORI LALUAN PPDa SEKOLAH RENDAH   ...